Khamis, November 26

#throwback: Baby baru 2.8.2015


Alhamdulillah.. masuk minggu ke-2 dah berpantang. Sik sangka baby keluar awal agik! 37 minggu! Sama macam abang Imran Mudzaffar juak. Dan yang paling best, baby Idlan lahir sama dengan birthday Ibu! Nang sik disangka-sangka.

Syukur Ya Rabb.. kerana memudahkan semua urusan kelahiran cahaya mata ke-4 kami.

Kronologi kelahiran baby Idlan Muhaimin (2 Ogos 2015, Ahad bersamaan 17 Syawal 1436H)

5.30 pagi: Sakit perut.. yang lain macam.. rasa macam sik nyaman ati jak.. macam mok beranak jak... so kiralah selang sakit... 10 minit! Sah... nang contraction. Tapi kali tok sikda cemar apa-apa. Sambil layan contraction sempat juak nyesah barang. Barang-barang baby sik jadi sesah. Ada yang lipat terus packing dalam beg hospital. Baruk nak packing beg ke hospital.. you you

7.00 pagi: Cal mak suruh Zila ke umah sebab dah sakit perut. Mak nanyak barang dah kemas lom? Huhu. Tengah ngemas la tok, hehehe. Iboh mare mak. Sik lamak pasya Miza pun datang. Berloyar-loyar lok. Mak pun datang juak ngan Zila. Contraction dah selang 8 minit. Baru gago nak mandik, sambil embak jam juak nak ngira gap contraction.
8.00 pagi: Makan minum lok before turun hospital. Nasib Mak sikda molah air kopi, pakei sulak kata urang pun. Hehehe. Lupak nya kali. Miza embak ayam paprik. Makan sikit jak sebab nahan sakit.

8.30 pagi: Gerak ke SGH. Jalan clear tapi banyak juaklah keta. Ayah sidak ngembak laju bila madah contraction dah selang 5 minit. Carik parking, syukur ada sebelah klinik pakar. Decide jalan ajak sikmok wheel chair mudahan mojor joros.

9.15 pagi: Sampei di Labour Ward, tingkat 4, nait lif emergency. Sampei di wad sikda urang. Syukur agik. Nurse terus entertain tapi sik register terus. Syukur eh sebab sikda urang, mun urang rami kompom stress bila kita lambat dilayan.

9.30 pagi: Masuk dalam, nunggu doktor gik cek VE. Dekat nak pukul 10 baruk doktor nunggah masang CTG & cek VE. Baruk 2 cm kata doktor. Tunggu sekejap katanya sebab mok confirm sorang doktor gik cek VE 2 cm.

10.30 pagi: Masuk gik sorang doktor cek VE. Dah 5 cm katanya. Tolak masuk Labour Room terus. So doktor sorang tadik ambik wheel chair dan saya terus ditolak ke LR. Sampei di LR baru nurse gago nak register. Berik jak IC dengan nya. Laki kamek ada di luar. Ok kelak kamek suruh nya regiater lok, kata nurse. Dalam LR doktor berik baju suruh tukar. Ok.. layan.. masih dapat tahan contraction. Pas pakei baju disuruh gurin. Gurin jak lah sebab dah ada rasa nak push dah. Pasya nurse midwife gik masuk. Doktor gago indah nanyak ada asma ke sik. Pasya gago set line nak masang drip. Dahlah doktor ya lombot. Dah cucuk tapi darah sik keluar. Nurse MW pun dah nyuruh cepat sebab nangga muka saya dah ngerisang. Bila sik juak dapat saya gik manas. Cepat kit doktor! Alu nurse gik set line, baru kuar darah. Dahlah doktor ambik darah ya lambat. Kena anok nurse MW agik doktor ya. Tetiba rasa nak kemeh terus keluar air ketuban. Paduhal ya rasa pecah air ketuban. Terus nurse MW suruh push. Last nya cek VE baru 7 cm. Tapi saya dah sik tahan. Nurse madah rambut baby dah nampak push jak terus. Ok saya push. Pasya nurse MW padah push agikkkk... 1 push yang panjanggg... ok kata saya... bismilahirrahmanirrahim... pushhhh... pasya nurse MW madah ok dah. Baby dah kuar. Nurse lain nangga jam. 11.12 pagi

Syukur. Terima kasih Allah dah mengabulkan doa saya. Permudahkanlah kelahiran anakku kali ini. Allah perkenankan. Syukur alhamdulillah.

Makseh juak semua kawan-kawan dan saudara-mara yang mendoakan saya mojor joros beranak. Nang mojor joros. Hadiah di hari kelahiran saya yang ke-34 juak.



Isnin, Julai 13

Air Ketuban Kurang Boleh Menjejaskan Kandungan?

Semalam bukak buku pink, nak tengok bila next appointment dengan doktor. Terkejut la wei, plan doktor nak jumpa pada minggu ke 36/52 (9 bulan) dan tarikhnya ialah 13 Julai 2015! 9 bulan tu!! 36 minggu! Tanjat gegirl. Ye la baru semalam jumpa nurse di  KKIA check up 33 minggu so sepatutnya minggu ni 34 minggu. Tapi nurse di KK bagi appointment 36 mingggu pada 13 Julai 2015. Takpe. Hari ni kita pegi je.

So sesampainya di KKPJ, dapat turn no 1. Ye lah dah 7 setengah dah tercangok kat situ. Orang pun tak ramai lagi. Dalam kol 8.15 no 7101 pun dipanggil. Maka aku pun masuk la ke bilik ultrasound, sekali ditemani si Encik Suami.

Dengan ramahnya aku pun bercerita lah.

Aku: Saya peliklah doktor, baru semalam pegi KKIA check 33 minggu tapi sekali tengok appointment KKPJ minggu ni dah 36 minggu. Hehe. (Tapi secara berseloroh la)

Doktor: Haaa... saya pun pelik. Puas saya kira, 34 minggu. Tapi kenapa appointment ni awal sangat.

Aku: Hehehe.

Bla bla bla. Doktor belek-belek lagi gambar scan yang dulu-dulu, Betul la 34 minggu. Sebab tu lah pentingnya 1st scan. Itu yang akan menentukan EDD kita, kata doktor muda bernama Isnani tu. Hmm... baru saya tahu, penting rupanya 1st scan ni. Aku scan sebab nak sahkan betol ke tak pregnant. Hahaha.

Sebab dah sampai kat situ kan, doktor cakap, takpe kita proceed scan je. Kita check lagi progress baby bersamaan dengan week ke berapa. Baiklah, doktor. Hahaha.

Dan bila scan, Encik Suami pun tengok jugak, sebab before ni dia tak ikut sekali, rugi peluang nak tengok gender baby bila baby dah tunjuk ari tu. 3x scan nak tengok gender sekali je doktor cakap baby boy, Tu pun masa ayah dia tak ikut sama. Masa sekali kat private tu baby takmo show off, dia kepit kaki, Dan previous 1 di KKPJ doktor tu tak tau tengok, siap suggest gi private untuk tengok gender. Pastu cakap maybe girl. Hahaha. Langsung aku tak percaya doktor lelaki tu. Doktor hari ni pun tak berani nak cakap apa-apa sebab baby kepit kaki dia sekali lagi. Hihihi. Dr. Isnani tu cakap ikut instict ibu lah. Ibu rasa baby apa. Dulu Ibu rasa baby girl tapi 1st time scan nak tengok gender, baby kepit kaki, 2nd time baby tunjuk tapi cuma doktor jer yang tau, aku memang tak lah paham nak tengok burger ke sosej ke, kalo Encik Suami ada, dia tau nak tengok. Dan yang ke-3 awal bulan ni, doktor tak reti nak tengok. Hahahaha. So aku pun memang taktau boy ke girl. Takpe lah doktor, janji baby sihat sempurna jer.

Ok, dah siap scan, berat baby 2.3 kg dan progress baby bersamaan 34 minggu. Syukur. Tapi biasalah klinik kesihatan (gomen) kan tak print gambar. So takdelah gambarnya. Hehehe. Yang ada ni je lah.



Doktor cakap kan, doktor cakap, air ketuban agak kurang. Agak.. ok. 10 je katanya. 10 ml kot. Tak tanya plak air ketuban diukur dalam unit apa. Hehe. Tapi 10 tu dia cakap, ok lah untuk 34 minggu tapi apa yang ditakutkan bila dah 36 minggu ke atas nanti nombor tu makin berkurang. So nanti next scan diorang akan review lagi. Hmm... 

Risau lah jugak dengar. Sape tak risau kan? Aku tanyalah camne nak atasi masalah ni. Taknak tau kenapa tapi biarlah tanya bagaimana nak atasi. Doktor cakap memang takde cara nak tambah air ketuban ni. Dia cuma cakap normal sebab bila dah selalu deliver air ketuban akan berkurangan sedikit pada next pregnancy tu. Oh, ok. Baru 4x, belum lagi 6 atau 10x. Huhuhu. Takpe nanti balik boleh gugel. Dan hasil daripada gugel adalah seperti di bawah.

Apakah Air Ketuban?

Air ketuban ni satu cecair yang dikenali sebagai cecair amnion. Ia ujud kira-kira 12 hari selepas persenyawaan. Kagumnya dengan kuasaNya. Awal sungguh air ketuban ujud sebagai persediaan untuk menempatkan seorang manusia di dalamnya.
Selepas 20 minggu kandungan iaitu dalam masa lebih kurang usia kandungan lima bulan, air ketuban dihasilkan dari air kencing bayi. Ini kerana pada masa trimester kedua ini, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya balik sebagai air kencing untuk bantu mengekalkan jumlah isipadu air ketuban.
Jumlah air ketuban menjadi maksima pada usia kehamilan 34 minggu iaitu kira-kira 800ml.

Apakah Fungsi Air Ketuban?

  • Untuk melindungi bayi dari hentakan yang mungkin berlaku. Ibarat macam kusyen yang menyerap sebarang hentakan atau trauma yang mungkin terjadi.
  • Mengekalkan suhu persekitaran supaya bayi tidak mengalami kehilangan haba.
  • Membantu dalam perkembangan paru-paru dan sistem penghadaman bayi.
  • Membantu perkembangan otot dan tulang bayi kerana bayi boleh bergerak dalam air ketuban tersebut. Ia juga bagi ruang pada tali pusat daripada terhimpit.

Ada Apa Dalam Air Ketuban

Air ketuban terdiri dari 98% air dan 2% terdiri dari zat-zat organik, lemak (yang menutupi bayi baru lahir) dan protein. Kualiti air ketuban amat mempengaruhi pertumbuhan janin. Air ketuban yang tidak keruh menjamin kecukupan zat dan nutrisi untuk bayi.
Bertambah atau berkurangnya air ketuban dari yang sepatutnta akan memberi komplikasi pada bayi atau ibu. Jadi air ketuban yang terlalu sedikit atau terlalu banyak perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini.
Di usia kehamilan 25-26 minggu, isipadu air ketuban adalah sebanyak 239ml. Ia menjadi 984ml pada kandungan menghampiri 33-34 minggu dan mulai menurun pada akhir usia kandungan iaitu sebanyak 836ml.

Masalah Air Ketuban Terlalu Sedikit

Adakah anda mengalami masalah ini sekarang? MJ pernah ada kawan yang menghadapi masalah air ketuban kurang ni. Kesian beliau terpaksa warded dan juga terpaksa bercuti dari bekerja kerana memerlukan pantauan dari doktor di hospital.
Maknanya ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Masalah air ketuban terlalu sedikit ini disebabkan bayi menelan tetapi kurang mengeluarkan air kencing. Ia dikenali sebagai oligohydramnion.

Apakah Penyebab Air Ketuban Kurang?

Banyak sebabnya antaranya adalah:
  • Masalah pada sistem saluran kencing atau buah pinggang. Kemungkinan ada masalah pada buah pinggang bayi atau kemungkinan tiada buah pinggang langsung.
  • Air ketuban bocor dan ia tidak disedari. Masalah ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  • Uri yang bermasalah. Jika uri tidak dapat bekalkan nutrien yang cukup pada bayi, ada kemungkinan bayi tidak mengeluarkan air kencing yang mencukupi.
  • Kehamilan yang melebihi tempoh 42 minggu berisiko untuk mendapat air ketuban yang kurang.
  • Masalah kesihatan ibu sendiri seperti ibu ada masalah darah tinggi atau diabetis.

Masalah Yang Timbul Akibat Air Ketuban Kurang

  • Berkemungkinan bayi akan lemas kerana masalah tali pusat terhimpit. Aliran darah dan oksigen akan terganggu.
  • Pembesaran bayi menjadi terhad kerana ruang yang sempit dan tidak mencukupi.
  • Meiningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Air Ketuban Kurang?

Ibu yang hadapi masalah ini mesti risau kan apatah lagi mengenangkan bayi dalam kandungan. Bimbangkan keselamatan bayi kerana kita tidak nampak apa perkembangannya apatah lagi di dalam perut.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut dan pelbagai rawatan boleh dilakukan oleh doktor yang bertauliah seperti memberi ubat ubatan dan sebagainya.

Bagaimana Saya Nak Tahu Ada Masalah Ini Atau Tidak?

Ibu-ibu boleh berjumpa dengan doktor dan membuat ujian ultrasound untuk mengetahuinya. Jika mengesyaki ada masalah kebocoran ketuban dan sebagainya segera berjumpa pakar.

Kredit to: Permata Hatiku


Dalam blog ni  ada pulak dia nyatakan penyebab kekurangan air ketuban ni. Tapi sumbernya takde pulak dia nyatakan. Takpe, aku ikut je cakap doktor, mungkin dia nak sedapkan hati aku ke, takpelah. Tapi dari pembacaan blog ke blog yang ada masalah macam ni  selalunya bed rest jer untuk monitor air ketuban bertambah ke makin berkurang. Takpe. Kita doa banyak-banyak. Positif, positif. Dulu masa pregnant Imran pun doktor detect perkembangan baby tak selari dengan pertambahan minggu. Doktor cakap kepala baby kecik, tapi alhamdulillah bila semakin dekat hari nak melahirkan normal jer scan. Semoga dipermudahkan urusan ke-4 ni. Amin

Bila dah baca penyebab tu, macam menyesal plak beli breakfast McD tadi. Hihihi. Ooops..


Rabu, Julai 8

Kegatalan Pada Kulit Semasa Hamil Kali ke-4: Suatu Dugaan

Alhamdulillah, dah sampai ke trimester ketiga. Dah 33 minggu dah pun. Badan pun dah semakin berat dah ni. Baby Adek pulak semakin aktif bergerak. Kekadang tak selesa nak duduk. Sebab tu Ibu makin malas kot. Adoi.

Sepanjang pregnant kali ni, alhamdulillah semuanya ok. Masalah HB low dah macam kemestian, dari kakak Iman lagi. Dah macam trending dah. Cumaaaaa... cuma.. kali ni dilanda gatal yang sangat teruk. Macam takut tengok badan diri sendiri. Kalo gatal, bila dah garu tu memanglah sedap, nikmat. Tapi kesannya, menakutkan! Nanti maca bersalin confirm semua orang akan tanyalah. Nak buat macam mana, memang dah tak tahan rasa nak menggaru tu.

Entah kenapa baru terasa nak google pasal masalah ni. Nurse dan doktor pun cuma cakap perubahan hormon. So saya takdelah kisah sangat. Tapi ada jugak fakta yang menakutkan bila google. Harap-harap dijauhkanlah.

Dipetik dar blog Kak Yong

Sebenarnya, gatal kulit ketika mengandung adalah perkara normal. Namun, perlukan pengawasan sepanjang tempoh kehamilan. Simptom kegatalan ini akan bermla seawal 6 minggu dan berakhir selepas sahaja proses kelahiran. Punca kegatalan, masih tidak dapat dikenal pasti.

Walaupun begitu, ada yang menyatakan bahawa gatal kulit ketika mengandung adalah disebabkan oleh perubahan hormone dalam badan. Kegatalan akan semakin ketara jika berada di bawah cahaya matahari. Hormon estrogen yang berlebihan ketika mengandung akan menyebabkan rasa gatal pada kulit.

Kak Yong sendiri mengalami gatal kulit ketika mengandung bermula dari trimester kedua. Gatal di bahagian tapak kaki dan juga betis. Macam kena gigit nyamuk, padahal tiada apa pun. Cara untuk melegakan kegatalan, Kak Yong sapukan herbal blend. Memang membantu mengurangkan proses kegaruan. Lama-kelamaan rasa gatal kulit pun hilang.
Masuk sahaja minggu ke 24 naik pula ruam di sekitar belakang bahu Kak Yong. Memang gatal sungguh. Nasib baik kerja di tempat penghawa dingin. Jika tidak, alamatnya sudah semacam beruk tergaru-garu di Pejabat. In Shaa Allah kali ini juga, herbal blend menjadi rutin untuk disapu.

Tetapi, suka Kak Yong hendak mengingatkan ibu hamil yang mengalami masalah gatal kulit ketika mengandung ini. Jika, anda mengalami kegatalan melampau, menggaru sehingga melecet dan mengelupas kulit walaupun tiada tanda ruam mahupun digigit serangga, elok kiranya berjumpa dengan doktor.

Terdapat sejenis penyakit yang digelar kolestasis intrahati kehamilan (ICP) yang boleh membawa kematian kepada bayi yang dikandung. Puncanya  terjadi apabila hormon kehamilan mengganggu kemampuan hati untuk menmgankut asid hempedu di dalam darah. Toksin yang terkumpul dalam asid hempedu akan menyebabkan kegatalan serta memberika kesan buruk kepada jantung bayi. Jumpalah doktor dan lakukan pemeriksaan jika kegatalan yang dialami semakin teruk.

Di blog Dr Zubaidi pun ada isu gatal semasa hamil ni, tapi biasalah blog tu bukan boleh dicopy paste pun. So kalo ada yang nak baca fakta dar pengamal perubatan sendiri, bolehlah klik link ni >>>> http://drzubaidi.com/blog/kegatalan-kulit-semasa-hamil/

Semoga gatal-gatal ni hilang selepas bersalin. Malu pun malulah dengan parut-parut gatal di badan janji lepas bersalin gatal ni hilang.

Selasa, Jun 23

Puasa, hamil dan menyusukan anak, menurut Fatwa Ibn ‘Abbas dan Ibn Umar

Alhamdulillah, hari ni hari ke-5 berpuasa walaupun dah 32 minggu. Masih gagah lagi. Harap-harap maintain gagah bila dah start kelas next week. Hihihi.

Bila pregnant, yang selalu menjadi kerisauan dan kemusykilan, perlu ke tak ganti puasa kalau tak berpuasa. Di sini  dikongsikan artikel dari Dr MAZA di FB untuk rujukan kita bersama.


Fatwa Ibn' Abbas dan Ibn Umar tentang wanita hamil dan menyusu?


Soalan: Sesetengah wanita mengandung dan menyusu setiap tahun. Amat sukar bagi mereka untuk berpuasa dan menggantikan puasa jika keadaan demikian. Adakah di sana pandangan fekah yang lebih mudah untuk golongan seperti ini?

Jawapan;

1. Fuqaha (sarjana fekah) bersepakat bahawa wanita hamil dan menyusu boleh berbuka puasa mereka jika tidak mampu. Bahkan wajib untuk mereka berbuka jika membahayakan diri ataupun anak dan janin.

2. Adapun gantian bagi puasa yang mereka buka itu merupakah masalah khilafiyyah yang para fuqaha berbeza pendapat mengenainya. Ada yang mewajib qada dan kifarah seperti Mazhab Syafie dan Hanbali. Di samping mereka membezakan antara berbuka puasa kerana bimbang keselamatan diri dan keselamatan anak. Ada yang mewajibkan qada sahaja di mana mereka seperti keadaan orang yang sakit. Ini pandangan Sufyan al-Thauri, Mazhab Hanafi dan lain-lain. Ada yang memberi pilihan antara qada dan kifarah seperti pandangan Ishaq bin Rahuyah (atau dibaca Rahawaih) seperti yang disebut oleh al-Imam al-Tirmizi dalam sunannya. Ada yang tidak mewajibkan qada dan tidak juga kifarah seperti Mazhab Ibn Hazm al-Andalusi dan ini dianggap ganjil oleh sesetengah ulama.

3. Ya! di sana sebenarnya ada pandangan dari dua tokoh ilmuwan sahabat Nabi iaitu 'Abdullah bin 'Abbas dan 'Abdullah bin 'Umar telah berfatwa dengan fatwa yang meringan bebanan wanita yang mengandung dan menyusukan anak tanpa mengira samada wanita itu kerap mengandung ataupun tidak. Menurut mereka berdua wanita yang mengandung dan menyusu jika buka puasa kerana bimbang keadaan diri ataupun anak hanyalah perlu membayar fidyah (beri makan orang miskin) tidak wajib qada (ganti) puasa.

4. Dalam riwayat al-Tabari dengan sanad yang sahih Ibn 'Abbas menyebut:
إذا خافت الحامل على نفسها ، والمرضع على ولدها في رمضان قال : يفطران ، ويطعمان مكان كل يوم مسكينا ، ولا يقضيان صوما
"Jika wanita hamil bimbang terhadap dirinya, wanita menyusu bimbang terhadap anaknya pada bulan Ramadan maka dia boleh berbuka serta ganti setiap hari dengan memberi makan orang miskin dan tidak perlu ganti puasa"

Dalam riwayat al-Daraqutni dengan sanad yang sahih, Ibn 'Umar atau Ibn ‘Abbas berkata:
الْحَامِلُ وَالْمُرْضِعُ تُفْطِرُ وَلَا تَقْضِي

"Wanita yang hamil dan menyusu boleh berbuka tak perlu qada"

Dalam riwayat sahih al-Daraqutni juga:
أنَّ امْرَأَتَهَ , سَأَلَتْهُ وَهِيَ حُبْلَى , فَقَالَ: أَفْطِرِي وَأَطْعِمِي عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا وَلَا تَقْضِي

"Isteri Ibn ‘Umar yang hamil bertanya tentang puasanya, jawab Ibn 'Umar: "Kamu boleh buka dan beri makan setiap hari seorang miskin, tidak perlu qada (ganti puasa)".

5. Maka wanita yang menyusu atau hamil itu jika mampu berpuasa, maka wajib mereka berpuasa. Jika tidak mampu mereka boleh berbuka dan diganti pada hari yang lain. Jika dia sekadar mengganti puasa sahaja, maka itu juga memadai. Ini pendapat yang dipilih oleh sebahagian para ulama. Jika keadaan yang sukar seperti dia sentiasa mengandung dan menyusu saban tahun disebabkan kekerapan anak dan menggantikan puasa menjadi beban untuk dihimpunkan selepas itu, maka jika dia sekadar membayar fidyah sahaja, maka itu merupakan salah satu pendapat fekah yang boleh diamalkan. Islam itu bersifat mudah dan memberikan kelonggaran kepada mereka yang kesusahan.

6. Maka, Ibn ‘Abbas dan Ibn ‘Umar itu lebih memudahkan kaum wanita yang mengandung yang biasanya memakan masa selama 9 bulan kemudian kemudian diikuti dengan kelahiran dan menyusukan anak pula selama 2 tahun. Jika mereka diwajibkan qada tentu satu yang agak membebankan untuk menghimpunkan semua yang mereka tinggal dalam tempoh tersebut. Apatahlagi jika tahun berikutnya mereka mengandung lagi.

Jumaat, Jun 19

Keistimewaan oat sebagai makanan utama bersahur

Assalamualaikum!

Selamat berpuasa di 2 Ramadhan. Alhamdulilah 1 Ramadhan berjaya dilalui dengan tenang dan lancar. Adek Baby pun alhamdulillah, berpuasa penuh semalam. Kakak Iman pun macam tu jugak. Syukur. Dan tahun ni merupakan kali ke-2 Kakmim berpuasa di trimester ke-3. Mudahan dipermudahkan sehingga ke penghujung Ramadhan kelak.

Hari ni hari ke-2 bersahur. Kalau diikutkan tahun lepas, sahur kami sekeluarga on-off. Selalu jer terlajak. Tahun ni harapnya tak lah. 

Hmm.. apa untuk bersahur? Hari pertama semalam makan nasi berlauk, ayam masak merah dan kacang panjang tumis kicap. 


Ayam masak merah, Kakmim style, semestinya tak pedas

Kacang panjang tumis ayam berkicap

Masak untuk dinner sekali dengan sahur. Ayam masak merah pun permintaan si anak dara. Pagi tadi pula bersahur dengan nasi putih dan sambal udang kering je. Dan mengejutkan, berseleranya makan macam ni! Tapi memang dah diduga pun sebab sambal ni memang signature family Kakmim dan memang selalu menjadi pembuka selera. So next, rasanya nak makan benda yang simple lagi, Macam telur goreng? Hmm...

Telur goreng selalunya memang lauk utama semasa bersahur, Sebabnya memang tak berselera nak makan time pagi-pagi buta macam tu. Tapi kesian pulak dengan kakak Iman kalau makan telur goreng setiap hari. Dan perancangan lepas ni akan ikut menu kakak Iman ler jawabnya.

Tapi.. Kakmim terasa nak cuba sesuatu yang baru. Yang tak pernah dicuba sebelum ni. Selalnya kalau bersahur memang akan makan nasi. Paling tak sempat pun makan kurma. Pasni Kakmim nak try makan oat pulak. Kenapa oat pulak?

Cuba tengok ranking tu?

Haa..kenapa oat? Apa istimewanya oat ni sampai ia di ranking pertama makanan paling mengenyangkan untuk berpuasa.

Keistimewaan Oat

Oat  mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.
 
Ia mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

Kan? Dulu masa sekolah selalulah jugak breakfast oat bila mak buatkan. Lepas tu bila semakin dewasa jarang-jarang dah makan oat. Ada pun bila teringin jer. Lepas ni nak kena beli stok oat la. Dulu semasa berpantang memang stokkan oat untuk breakfast tapi selalu jer tak habis sampai ler expired. Membazir betul. Nak try test uji Kakak Iman makan oat jugak. Nak tanya dia mana yang lebih mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang hari berpuasa. Hehe.


Khamis, Jun 18

Hutang


Bercerita pasal hutang, nang pelik urang kinek tok. Urang yang dihutang gik pandei malu nak nagih urang yang berutang dengan nya. Ne gayo ya? Nak direct nagih lagik lah segan. Haih, sapa yang berutang? Hadohh. Sik takut urang kedak tok kali, sik bayar hutang. Mun urang nak dihutang ya sikmok menghalalkan duit yang dihutang nya, macam ne? Kenak sik terpikir ooo??

Nektok banyak cara kita berkomunikasi nak oh? Yang paling glamer, whatsapp lah. Ok, in case urang ya sik ada whatsapp, selalunya memang sms lah, back to basic. Tapi sms pun sik direply. Mun whatsapp dapat juak kita nangga double tick rona biru, oh, nya baca ajak tapi sik reply. Ya nang ngelat lah ya.

Tapi.. hutang lamak lom bayar. Ada hati agik nak berutang baru. Tetiba direct whatsapp kita makei nombor lain. Apakah? No way lah man! Sekali ku dah kena, 1000x ku jerak. Dolok nak nolong keloarga lah kata nyo, tapi ya lah.

Haih, baruk stat posa alu ngerepak saya tok. Ok lah saya sik ngerepak agik. 


Selamat berposo nyo!



Selasa, Jun 16

Servis Murah Design Cover Page FB

Tadaaa! Blog berwajah baru sudah. Mekap-mekap sikit.. touch-up, touch up. Ok lah ya nak? Lejuk juak nangga sama jak dari tahun ya tek. Kedong malas nak molah kerja, jadilah kerja di blog tok. Ahaha. 

Sik lamak gik posa ooo? Makin cepat jak rasa masa berlalu. Banyak benda nak dikarang dalam blog tok, pakei baca dudi ari, tapi malas koh. Ya lah susah mun malas. Semua sik menjadi. Tapi kerja opis jadi oi! Kerja di sitok jak sik jadi. Sik penting juak nak oo? Sik apalah.

Eh, kedong seminggu 2 tok saya malas nak ngagak kerja hakiki. Bukan apa, malas nak nyuruh otak berfikir jak, jadilah kerja-kerja di AI. Adalah juak beberapa cover page FB kawan-kawan yang dah dipolah. Mun maok boleh jak komen or PM saya, saya boleh design pakei kawan-kawan. Tapi ada servis cas lah. Hehehe. Pakei cover GST. Hihihi. 

Antaranya ialah:

Page Shaklee

Page Shaklee

Page Butik Muslimah

Page Homemade Pizza

Page Shaklee

Eh, baruk perasan. Rupanya banyak page  Shaklee duhal. Ada gik 2-3 orang masih KIV sebab sidak masih belum cukup material pakei engkah di cover page. Yang siap tok semua yang material sedia ada.

Untuk page Kolej dah banyak juak dah dipolah. Ya lah best jadi Admin sukati jak nak nukar cover page ekot mode semasa, bak kata boss. Nasib juak saya tok pandei molah nak gitok nak? Macam sik lamak gik nak posa, cover page pakei posa udah ready dah. Hihihi. Cuma untuk Gawai ria sik terpolah sebab time ya audit MQA masuk ke Kolej.

Aoklah, pakei mengabadikan poster blog lamak, ya nya dibah tok:

Poster blog sebelum tok
Bih kurang jak nak dengan yang baru tok, sebab saya suka ngan gambar profail rempuan ya. Tang ada unsur-unsur seksi dan menyaspenkan jak. Ahahaha. Tapi blog saya baru tok lebih besar layoutnya. Kali mata tok dah sik berapa nak nampak kali. Maklumlah umur makin bertambah. Hihihi.

Ya jak lah lok.  K bai.


Isnin, Jun 15

Drama Band - Biarkanlah (Official Lyrics Video).



Semua pernah tercipta
Seakan terhapus sudah segala
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Semua janji terbina
Seakan sudah tiada bermakna
Tak mampu ku kembali
Biarkan saja berakhir di sini

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu

Selagi kita masih bersama
Semakin ku terluka

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu

Biar hancur harapku
Lepaskanlah semuanya
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu
Aku pergi demi bahgiamu




Isnin, Jun 8

Pengambilan Collagen akan menegangkan kulit? Fakta atau auta

Terlebih dahulu kita perlu mengetahui, apa itu kolagen? Kolagen adalah salah satu komponen dalam badan yang berfungsi untuk menegangkan kulit.

Merujuk kepada gambar, kolegan yang lemah akan menyebabkan kulit berkedut dan ianya adalah proses natural sewaktu meningkat usia. 


Perempuan menghasilkan kolagen kurang daripada lelaki dan kadar kehilangan kolagen adalah kadar 1% setahun. Dijangka pada umur 50, perempuan akan kehilangan 50% daripada kolagen yang ada. 

Jadi adakah dengan memakan kolagen, kulit akan kembali menegang?

Tidak, kolagen hanyalah protien di kulit. Ianya tiada beza sekiranya anda memakan kulit ayam, daging, keju, telur atau, kacang. Hasilnya, ia akan dicernakan di perut dan hancur. Anda hanya akan menikmati zat seperti protein dan beberapa vitamin (bergantung kepada sumber vitamin). 

Setakat ini, tiada bukti saintifik yang mengatakan sekiranya memakan kolagen, ianya akan menegangkan kulit. 

Jadi bagaimana untuk mengekalkan kesihatan kolagen? 

Banyakkan memakan makanan yang mengandungi vitamin C, Omega-3, membasuh muka dengan pencuci yang mengandungi alpha hydroxy acids, dan bahan tambah makanan yang mengandungi Hyaluronic acid. 

Kesimpulan

Oleh itu, sebab itulah syarikat gergasi dunia kosmetic seperti Maybelline, Sheseido, SK II, L'Oreal, Olay tidak menjual produk collagen utk dimakan. Mereka lebih fokus pada produk untuk kegunaan luaran. Di Malaysia je kita jumpa produk kecantikan kulit yang kena makan. Lepas makan kulit taklah secantik mana, tapi buah pinggang dengan hati rosak adalah.



Selasa, Mei 19

Cukai Terlebih Bayar... Alhamdulillah


Start GST yang lalu saya dah tukar akaun gaji. Takmo dah pakai bank yang susah amat dijumpai di Kuching. So akaun gaji bulan ni pun dah takde income lah. Tapi entah kenapa tetiba terdetik nak cek balance akaun tersebut. Alhamdulillah ada payment masuk daripada Kerajaan Malaysia! Wah! Wah! Alhamdulillah. Rupanya bayaran balik cukai terlebih bayar. Ok lah tu. PCB pun kena potong tiap bulan, eloklah terlebih bayar. Huhu.


Lepas tu baru sibuk nak bukak email. Ada rupanya LHDN antor email. Hehehe.

Apakah Cukai terlebih Bayar?

Bayaran balik cukai wujud apabila:
  1. Pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya,
  2. Pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan, atau
  3. Cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan.


Sabtu, Mei 9

Selamat Hari Ibu!

Yeay! Selamat hari Ibu buat semua kaum hawa yang bergelar Ibu, Umi, Mak, Mama, Mummy, Indai dan apa saja gelaran yang kita berikan kepada insan yang pernah mengandungkan dan melahirkan seorang manusia.

Alhamdulillah, tahun ini tahun ke-6 saya bergelar Ibu. Pejam celik pejam celik, tak berasa dah 6 tahun meninggalkan memegang title 'Ibu'. 6 tahun bergelar Ibu, anak-anak pun dah nak masuk 4. Oops! Hehehe. Ya, masuk 4. Insya Allah kami sedang menanti kelahiran cahaya mata ke-4 pada hujung bulan 8 ini. Semoga dipermudahkan. Amin. Hehehe. Nantilah saya cerita k. Nak cerita pasal hari Ibu dulu.

Sejak Iman Madihah bersekolah, setiap tahun ada saja hadiah hari Ibu yang dia buat di sekolah. Tahun ni, awal lagi dah dapat. Diorang buat apam kat sekolah. Agak lain sikit tahun ni. Selalunya buat kraf jer.

Hadiah hari Ibu tahun 2015 dari Iman Madihah
Seperti biasa, Iman kalau ada sesuatu di sekolah mesti excited bercerita itu-ini. Pasal hadiah ni pun dia kata nanti ada surprise untuk Ibu sempena hari Ibu. Dikorek-korek ditanya, dia taknak jugak bagitau. Pandai dia simpan rahsia. Hehehe.

Tak ketinggalan abang dan adek di taska pun ada hadiah jugak untuk Ibu. Hehehe. Tapi for sure bukan diorang yang buat, mestilah teacher taska yang buat.

Puding dari Adek.
Mana yang abang punya? Sampai jer kat umah, dia dah makan dulu. Hehehe. Tinggal kad jer. Hehehehe. Lupa plak nak ambik gambar kad Abang.

Masa tahun 2014, Iman bagi bunga. Thanks kat FB, gambar 2014 copy dari FB jer. Carik punya carik gambar 2013 takde plak up di FB. Dan lebih malang lagi tak ingat pun apa yang Iman buat masa dia Level 1 (4 tahun). Takpelah. Tu lah jugak kebaikan FB kan? Selagi kita rajin nak sharing gambar, senang jer nak korek kenangan lama-lama.

Masa Level 2 (6 tahun)

Apapun, selamat hari Ibu sekali lagi kepada yang ada singgah di sini. Jasa mu Ibu tak terhingga. Untuk mak kamek pun sama juak. Kamek orang sayang kitak, Mak!



Jumaat, Mei 8

Apakah SEO?

Apakah SEO?


SEO. Mungkin ada yang familiar, mungkin ada yang tak. Tapi kebanyakan blogger tegar yang mengharapkan pasif income melalui blog mesti tau apakah SEO. Dulu-dulu masa saya mula-mula berblog saya tak ambik peduli pun SEO ni semua. Masa tu saya tau nak update blog jertanpa fikir risiko nya apa. Dan kalau boleh saya tak kisah pun entri yang saya pos ada orang baca ataupun tak.

Tapi masa semakin beredar. Barulah saya sedar blog juga boleh menjana pendapatan pasif pada kita. Tetapi... ada syaratnya! Kalau trafik sesak, banyak orang klik blog kita barulah masyuk. Sebab tu lah saya cakap tadi kalo blogger tegar mesti dia akan ambil tau apakah SEO ni.

SEO ialah akronim bagi Search Engine Optimization iaitu 1 teknik untuk kita mencari sesuatu bahan atau maklumat dengan menaip kata kunci di enjin pencari seperti Google.

Pernah korang terfikir kalau nak cari sesuatu kita akan taip sahaja apa yang terlintas di fikiran kita kan? Sebagai seorang blogger tegar yang mahu entri di blognya dibaca dan trafik yang mencanak-canak di blognya, mereka haruslah berfikir apakah yang kata kunci ataupun perkataan yang terlintas di fikiran orang lain sebelum hendak mencari sesuatu.

Contoh yang paling senanglah. Rasanya semua ibu yang bekerja selalu berhadapan dengan situasi ni. Masa balik kerja tengah driving mesti fikir menu makan malam untuk keluarga. Tetiba pulak terasa nak makan spagetti carbonara. Apalagi, capai smart phone teruslah bukak browser dan taip "bahan-bahan untuk membuat spagetti carbonara". Lepas klik 'Google Now' ke Enter ke, apa-apa jer lah button, maka berderet-deretlah link blog dan website yang ada menyenaraikan bahan-bahan untuk membuat spagetti carbonara.

Ha.. kalau tak percaya, cubalah! Taip jer "bahan-bahan untuk membuat spagetti carbonara" dan dalam masa 0.48 saat akan keluar 21,000 lebih link!

Itulah yang dikatakan SEO kalau menurut bahasa yang lebih mudah dan difahami. So lepas ni kalau korang nak blog korang selalu diterjah, korang kena guna teknik SEO untuk pilih tajuk entri korang tau!

Bagi yang mengharapkan blog atau website untuk marketing produk masing-masing, harus tau teknik SEO untuk income yang lebih masyuk tak kira income aktif atau pasif.

Hmm..selamat berSEO!



Khamis, Mei 7

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Nun

Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Beliau menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; beliau mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi mereka dengan surga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah SWT. 

Berikut doa Nabi Yunus yang diabadikan dalam Al Quran Surah Al Anbiya ayat 87.

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan Nun

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
 Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin


“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(QS Al-Anbiya’ : 87).

Penjelasan Doa Nabi Yunus

Nabi Yunus senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana beliau merasakan keputusasaan dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah pada mereka namun mereka tidak beriman. Kemudian beliau keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya:

doa nabi yunus, perut ikan, ikan paus, al anbiya 87
Doa Nabi Yunus dalam Quran Surah Al Anbiya ayat 87
"Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang lalim.'" (QS. al-Anbiya': 87).

Tidak ada seorang pun yang mengetahui gejolak perasaan dalam diri Nabi Yunus selain Allah SWT. Nabi Yunus tampak terpukul dan marah pada kaumnya. Dalam keadaan demikian, beliau meninggalkan kaumnya. Beliau pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus mengira bahwa Allah SWT tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya karena ia meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi Yunus seakan-akan lupa bahwa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. Namun keberhasilan atau tidak keberhasilan dakwah tidak menjadi tanggungjawabnya. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya masalah keberhasilan atau ketidakberhasilannya terhadap Allah SWT semata.

Terdapat perahu yang berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari tampak akan tenggelam. Ombak memukul tepi pantai dan memecahkan batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang dilakukan. Tiba-tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: "Seandainya ikan itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian Nabi Yunus mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya. Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.

Nabi Yunus pun menaiki perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau tidak mengetahui bahwa beliau lari dari ketentuan Allah SWT menuju ketentuan Allah SWT yang lain; beliau tidak membawa makanan dan juga kantong yang berisi bawaan atau perbekalan, dan tidak ada seorang pun dari teman-temannya yang menemaninya; beliau benar-benar sendirian; beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.

Si nahkoda perahu bertanya kepadanya: "Apa yang engkau inginkan?" Mendengar pertanyaan itu, Nabi Yunus pun bangkit: "Saya ingin untuk bepergian dengan perahu-perahu kalian. Apakah kita berlayar dalam waktu yang lama?" Nabi Yunus menampakkan suara yang penuh kemarahan, rasa takut, dan kegelisahan. Nahkoda itu berkata sambil mengangkat kepalanya: "Kita akan berlayar meskipun air tampak sedang pasang." Nabi Yunus berkata dengan mencoba sabar dan menyembunyikan kegelisahannya: "Tidakkah engkau mendahului agar jangan sampai pasang itu terjadi wahai tuanku?" Si nahkoda berkata: "Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia akan segera mereda ketika melihat seorang musafir yang mulia." Yunus bertanya: "Aku akan pergi bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?" Si nahkoda menjawab: "Kami tidak menerima ongkos selain emas." Yunus berkata: "Tidak jadi masalah."

Nahkoda itu memperhatikan Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang berpengalaman di mana ia sering mondar-mandir dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Seringnya ia mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain menjadikannya seorang lelaki yang mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahwa Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahwa Nabi Yunus melakukan suatu kesalahan tetapi ia tidak berani untuk mengungkapkan kesalahan kepada pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia meminta kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos sebanyak tiga kali lipat dari vang biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan dalam dadanya dan diliputi dengan kemarahan yang keras dan keinginan kuat untuk meninggalkan negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta oleh si nahkoda.

Nahkoda itu memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di tangannya dan ia menggigit sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan menemukan potongan emas yang palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri menyaksikan semua itu sementara dadanya tampak terombang-ambing: terkadang naik dan terkadang turun laksana ayunan. Nabi Yunus berkata: "Tuanku tentukan bagiku kamarku. Aku tampak letih dan ingin istirahat sebentar." Si nahkoda berkata: "Memang itu tampak di raut wajahmu. Itu kamarmu," sambil ia menunjuk dengan tangannya. Kemudian Nabi Yunus membaringkan diri di atas kasur dan beliau berusaha untuk tidur tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan kecil yang hancur berbenturan dengan batu menyebabkan beliau tidak dapat tidur dengan tenang. Nabi Yunus merasakan bahwa atap kamar akan jatuh menimpa dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana kedua bola matanya berputar-putar di atas atap kamar tetapi pandangan-pandangannya yang gelisah itu tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya di kamar itu dan atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai mengeluh dan berkata: "Demikian juga hatiku yang tergantung dalam jiwaku."

Demikianlah, terjadi suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri Nabi Yunus saat ia terbaring di atas ranjangnya. Penderitaan yang keras cukup memberatkannya sehingga beliau pun bangkit kembali dari tempat tidurnya tanpa sebab yang dapat dipahami. Dan tibalah waktu pasang. Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu berjalan sepanjang siang dan ia memecah airnya dengan tenang, dan angin pun bertiup padanya dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti perahu itu dan tiba-tiba lautan pun berubah. Bertiuplah angin yang cukup kencang yang sangat mengerikan yang nyaris menghancurkan perahu dan bergolaklah ombak yang cukup dahsyat laksana orang yang kehilangan akalnya. Ombak itu meninggi bagaikan gunung dan menurun bagaikan lembah.

Mulailah gelombang ombak menyapu permukaan perahu sehingga para awak perahu itu pun mulai terkena air. Dan di belakang perahu itu terdapat ikan paus yang besar yang mulai mengintai. Ia membuka mulutnya. Kemudian terdapat perintah kepada ikan paus itu untuk bergerak menuju permukaan laut. Ikan paus itu menaati perintah dari Allah SWT dan ia segera menuju permukaan laut. Ia mulai mengikuti perahu itu sebagaimana perintah yang diterimanya. Angin yang keras tetap bertiup kemudian kepala perahu mengisyaratkan dengan tangannya agar beban perahu dikurangi. Dan angin semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi Yunus merasakan ketakutan. Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu berguncang di kamarnya. Beliau berusaha berdiri tegak, tetapi tidak mampu. Kemudian kepala perahu berteriak dan berkata: "Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti biasanya. Bersama kita seseorang lelaki yang salah sehingga karenanya angin ini bertiup dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa yang namanya keluar kami akan membuangnya ke lautan."

Nabi Yunus mengetahui bahwa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh awak perahu jika mereka menghadapi angin yang keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa harus meng-ikutinya. Episode penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang menganggap bahwa lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan itu, mereka meyakini bahwa bertiupnya angin yang kencang akibat murka dari tuhan. Oleh karena itu, harus diadakan upaya untuk menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti undian itu. Nama beliau dimasukkan bersama dengan nama penumpang lainya, dan dilakukanlah undian. Yang keluar justru namanya. Lalu diadakan undian yang kedua, dan kali ini pun yang keluar nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian yang ketiga. Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahwa Nabi Yunus harus dibuang ke lautan. Saat itu para awak penumpang memperhatikan Nabi Yunus. Nabi Yunus mengetahui bahwa beliau berbuat kesalahan ketika meninggalkan kaumnya dalam keadaan marah. Nabi Yunus mengira bahwa Allah SWT tidak akan menurunkan hukuman padanya. Namun ia dianggap salah karena meninggalkan kaumnya tanpa izin-Nya. Allah SWT memberikan pelajaran kepadanya.

Nabi Yunus berdiri di samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi dengan ombak yang mengerikan. Dunia saat itu gelap dan di sana tidak ada cahaya bulan. Bintang-bintang bersembunyi di balik kegelapan. Warna air tampak gelap dan hawa dingin menembus tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian nahkoda perahu berteriak: "Lompatlah wahai musafir yang misterius." Tiupan angin semakin kencang. Nabi Yunus berusaha menjaga keseimbangannya, dan beliau menampakkan keberaniannya saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun terjun dan berada di permukaan lautan laksana sampang yang mengambang. Ikan paus berada di depannya. Ikan itu mulai tersenyum karena Allah SWT telah mengirim padanya makanan malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah ombak. Kemudian ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam keadaaan puas setelah memenuhi perutnya.

Nabi Yunus sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga kegelapan: kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam. Nabi Yunus merasakan bahwa dirinya telah mati. Beliau mencoba menggerakan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.

Yunus mulai menangis dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)

Ketika terpenjara di perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah SWT. Ikan itu sendiri tampak kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada Allah SWT. Beliau tidak henti-hentinya bertasbih dan tidak henti-hentinya menangis. Beliau tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan tasbih. Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.

Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah SWT dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahwa ia sedang menelan seorang Nabi. Ikan paus itu merasakan ketakutan tetapi ia berkata dalam dirinya mengapa aku takut? Bukankah Allah SWT yang memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah SWT dan selalu menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ikan itu pun menaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan di perut ikan. Beliau tampak sakit, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Beliau berteriak karena tidak kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah SWT menumbuhkan pohon Yaqthin, yaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahwa kalau bukan karena tasbih yang diucapkannya niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Yunus beriar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ihan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, karena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (QS. ash-Shaffat: 139-148)

"Dan (ingatlah  kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu mereka menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang-orang yang lalim.' Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman." (QS. al-Anbiya': 87-88)

Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak berarti bahwa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah SWT itu pantas mendapatkan celaan (hukuman). Jadi masalahnya agak relatif. Menurut orang-orang yang dekat dengan Allah SWT: Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi al-Muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah SWT). Ini memang benar. Sekarang, marilah kita amati kasus Nabi Yunus. Beliau meninggalkan desanya yang banyak dipenuhi oleh orang-orang vang menentang. Seandainya ini dilakukan oleh orang biasa atau oleh orang yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu kebaikan dan karenanya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan agamanya dari kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT dan ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas beliau hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya beliau dari desa itu— dalam kacamata para nabi—adalah hal yang mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah SWT dan hukuman-Nya padanya.

Allah SWT memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah SWT mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan beliau tidak perlu peduli dengan kaumnya yang tidak mengikutinya dan karena itu beliau tidak harus menjadi sedih dan marah. Nabi Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun selama bertahun-tahun berdakwah beliau tidak mendapati seorang pun beriman. Meskipun demikan, Nabi Luth tidak meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari keluarganya dan dari desanya. Beliau tetap berdakwah di jalan Allah SWT sehingga datang perintah Allah SWT melalui para malaikat-Nya yang mengizinkan beliau untuk pergi. Saat itulah beliau pergi. Seandainya beliau pergi sebelumnya niscaya beliau akan mendapatkan siksaan seperti yang diterima oleh Nabi Yunus. Jadi, Nabi Yunus keluar tanpa izin. Lalu perhatikan apa yang terjadi pada kaumnya. Mereka telah beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah SWT berfirman:

"Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu." (QS. Yunus: 98)

Demikianlah, desa Nabi Yunus beriman. Seandainya ia tetap tinggal bersama mereka niscaya ia akan mengetahuinya dan hatinya menjadi tenang serta kemarahannya akan menjadi hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa dan tentu sikap tergesa-gesa ini berangkat dari keinginannya agar manusia beriman. Usaha Nabi Yunus untuk meninggalkan mereka adalah sebagai ungkapan kebenciannya kepada mereka atas ketidakimanan mereka. Maka Allah SWT menghukumnya dan mengajarinya bahwa tugas seorang nabi hanya menyampaikan agama. Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab atas pengingkaran manusia; dan seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah (petunjuk) kepada mereka.

Sumber Kisah Nabi Yunus: http://quran.al-shia.org/id/qesseh-quran/17.htm

Rabu, Mei 6

Apa itu G6PD?

Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.

Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD.

Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD?

Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.

Berapa kerapkah berlakunya kes kekurangan enzim G6PD?

Dianggarkan seramai 400 juta manusia seluruh dunia menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD. Keadaan ini selalunya berlaku di bahagian-bahagian tertentu Afrika, Asia dan Mediterranean. Kawasan yang biasanya berlaku malaria juga mempunyai kes kekurangan enzim G6PD yang tinggi. Di Malaysia pula dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah ini. 

Apakah gen yang bertangggungjawab menyebabkan kekurangan enzim G6PD?

Punca utama kepada berlakunya masalah kekurangan enzim G6PD ialah mutasi di dalam gen G6PD. Gen G6PD mengeluarkan arahan supaya enzim G6PD dibentuk. Enzim ini terlibat dengan normal pemprosesan karbohidrat dan ia juga melindungi sel-sel darah merah daripada molekul berbahaya yang dipanggil molekul oksigen reaktif. Molekul ini merupakan hasil kumuhan sel. Tindak balas kimia yang melibatkan G6PD menghasilkan unsur yang mencegah molekul oksigen reaktif daripada terbina dan terkumpul di dalam sel darah merah sekaligus melindungi sel darah merah daripada pecah.

Sekiranya mutasi di dalam gen G6PD mengurangkan kuantiti enzim G6PD atau menukarkan strukturnya, enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya sebagai pelindung sel darah merah sekaligus menyebabkan pengumpulan molekul oksigen reaktif yang membawa kerosakan kepada sel darah merah. Faktor seperti jangkitan,sesetengah ubat-ubatan, ataupun memakan kacang parang boleh meningkatkan paras molekul oksigen reaktif dan ini akan menyebabkan sel darah merah dimusnahkan lebih cepat berbanding penghasilannya. Berkurangnya sel darah merah membawa kepada timbulnya simptom dan tanda hemolitik anemia.

Banyak penyelidik percaya yang pembawa-pembawa G6PD mungkin dilindungi daripada penyakit malaria. Ini kerana pada pandangan mereka berkurangnya fungsi enzim G6PD menyebabkan parasit sukar untuk masuk ke dalam sel darah merah.

Bagaimanakah seseorang itu mewarisi kekurangan enzim G6PD?

Masalah kekurangan enzim G6PD ini ditentukan oleh kromosom resesif X. Gen yang dikaitkan dengan masalah kekurangan enzim ini terletak pada kromosom X. Lelaki hanya mempunyai satu kromosom X. Oleh itu, sebarang perubahan secara mutasi pada kromosom X tersebut sudah cukup untuk mewujudkan keadaan kekurangan enzim G6PD. Berlainan pula dengan perempuan yang mempunyai 2 kromosom X, mutasi perlu berlaku pada kedua-dua kromosom untuk mewujudkan keadaan kekurangan enzim G6PD ini. Oleh kerana faktor inilah, kebanyakan pesakit kekurangan enzim G6PD adalah lelaki.

Bagaimana masalah kekurangan G6PD ini dikesan?

Berdasarkan sampel darah yang diambil, pesakit kekurangan enzim G6PD akan menunjukkan kandungan haemoglobin yang kurang dan bilirubin yang tinggi di dalam darah.

Ujian spesifik paras enzim G6PD menunjukkan kandungan enzim yang rendah di dalam darah. Walau bagaimanapun semasa fasa akut, paras enzim di dalam darah mungkin normal atau hampir normal kerana sel yang terbabit semuanya dimusnahkan meninggalkan sel darah merah muda yang mempunyai paras normal enzim G6PD.

Oleh kerana keadaan ini adalah diwarisi daripada ibu yang merupakan pembawa gen tersebut, darah ibu pesakit akan menunjukkan paras enzim G6PD yang rendah daripada normal ataupun sedikit rendah daripada normal. Ini menguatkan lagi diagnosis kekurangan enzim G6PD pesakit.

Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?

Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.

Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.
Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya hemolisis di dalam pesakit kekurangan enzim G6PD.

Bagi bayi baru lahir, kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu menjalani transfusi darah.

Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.

Apakah ubat-ubatan yang patut dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD?

  • Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria )
  • Sulfonamides : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.
  • Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon).
  • Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium).
  • Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.
  • Miscellaneous
  • Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi)
  • Probenecid
  • Dimercaprol (BAL)
  • Flutamide (Eulexin)
  • Methylene Blue
  • Tolouidine Blue
  • Napthalene ( ubat gegat ) 

Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD?

1)Kesemua ubat yang “contraindicated” di dalam kes G6PD
2)Mungkin tidak boleh digunakan di dalam kes Kelas 1 G6PD.

Mengikut klasifikasi WHO, G6PD dibahagikan kepada 5 kelas. Kelas 1-3 merupakan keadaan kekurangan enzim.

Kelas 1 : Kekurangan enzim yang teruk (iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kronik hemolitik anemia.
Kelas 2 : Kekurangan enzim yang teruk ( iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kadang-kadang berlakunya hemolisis.
Kelas 3: Kekurangan enzim yang sedikit ( dengan 10-60 % aktiviti ), hemolisis hanya berlaku apabila wujudnya keadaan stres iaitu ketika jangkitan, ubat-ubatan tertentu dan pengambilan kacang parang.
Kelas 4: Varian tanpa kekurangan enzim, dengan tiadanya symptom atau tanda.
Kelas 5: Aktiviti enzim meningkat dengan tiadanya symptom atau tanda.

Antara ubat-ubatan yang boleh diambil oleh pesakit kekurangan enzim G6PD:

  • Analgesics
  • Acetaminophen ( paracetamol )
  • Aspirin ( boleh diberikan tapi dalam dos yang sederhana sahaja )
  • Auralgan
  • Cardiovascular Agents
  • Procainamide
  • Quinidine
  • Neurologic Agents
  • Trihexyphenidyl
  • Levodopa
  • Phenytoin
  • Antibiotics
  • Chloramphenicol
  • Chloroquine
  • Isoniazid
  • Probenecid
  • Proguanil
  • Pyrimethamine
  • Miscellaneous
  • Vitamin C
  • Colchicine
  • Diphenhydramine 

Seriuskah masalah kekurangan enzim G6PD?

Jika diberi rawatan dan nasihat yang betul, pesakit boleh hidup dengan gaya hidup yang normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun apabila episod hemolitik anemia berlaku,ia perlu dirawat dengan rawatan yang sesuai.
Pesakit mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, apakah yang patut dilakukan?

Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya,semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol.

Apabila berjumpa dengan doktor, anda hendaklah memberitahu doctor yang anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia kepada anda.

Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic dan lain-lain ubat-ubatab tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Ketidaknormal gen bertanggungjawab terhadap kekurangan enzim ini yang biasanya mensasarkan kromosom X. Disebabkan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X, mereka lebih berpotensi mengalaminya berbanding bayi perempuan yang mempunyai dua kromosom X. Apabila satu mengalami kekurangan enzim, satu lagi normal menjadikan enzim perempuan lebih seimbang. Begitupun, G6PD mempunyai beberapa tahap bergantung kepada peratusan kehilangan enzim terbabit.

Dari segi perubatan, ia bukan penyakit dan semestinya tiada ubat untuk kekurangan enzim ini. Seperti perkara yang membabitkan genetik lain, contohnya warna rambut atau anak mata, G6PD juga tidak akan berubah malah akan dialami seumur hidup. Sementara itu, darjah ketinggian proses hemolisis pula mengikut kadar pendedahan kepada ubat-ubatan tertentu seperti primaquine dan hydroxychloroquine (anti malaria), sulfonamides, ubat gatal dan dapsone. Jika termakan kacang parang pula, ia boleh menyebabkan demam, sakit belakang, pening dan menggeletar selain pneumonia.


Sumber: Penyakit Kekurangan Enzim G6PD ( G6PD deficiency )


2nd time beli dan menang

Yeay! Yeay! Yeay! Mood masih bercuti. Kena update blog dulu baru dapat buat tugas rasmi. Ahaks. Hari ni dah 6 Mei tapi punch card April yang lopang sana-sini pun tak update lagi. Haiya.. tetiba rasa malas ni.

Cerita hujung minggu lepas. Al kisah nak dijadikan cerita, dapat call dari Emart masa kursus minggu lepas. Diorang suh gi Emart untuk cabutan lucky draw. Diorang kata, "Puan adalah finalis untuk luck draw Osram." Whatever. Baiklah. Boleh jugak jenjalan bawak bebudak 3 orang tu. "Puan datang sebelum pukul 2 ya." Baiklah.

So hari Ahad tu kami sampai di Emart dalam pukul 1.45 pm macam tu. Pukul 1.15 Emart call lagi untuk remind. Baiklah, baiklah. Kami on the way.

Lepas register di kaunter, tunjuk MyKad dan sign, "Puan tunggu sekejap. Pukul 2 pm kami akan announce lagi untuk cabutan lucky draw. Puan boleh jalan-jalan dulu." Baiklah, baiklah.

Bila dah pukul 2 pm, nama finalis-finalis pun dipanggil. Hanya ada 2 Melayu daripada 10 orang. Seorang Iban kot, selebihnya Cina. So wakil lampu Osram tu panggil seorang finalis untuk cabut nama pemenang. Cabut punya cabut punya cabut, tak seorang pun cabut nama akak. Baiklah. Redha. Mungkin tak menang kot.


Lepas tu orang tu tanya, "Nama sapa lagi yang tak kena panggil?". Saya cuma angkat tangan. "So you are the 1st place winner." Baiklah. Saya blur. Tak tau hadiah apa.

Rupanya RM888!

Alhamdulillah! Rezeki..
Ingatkan sebab dapat angpau merah so dapat cash. Tebal! Hihihi. Tapi tak sedar diriku berangan. Rupanya baucer Emart. Alhamdulillah. Banyak tu boleh shopping di Emart.


Masa bergambar tu saya seorang jer bawak anak. Rezeki anak-anak kenalah interframe anak-anak kan? Ahahaha.


Bukan sorang tapi 2 sekali diinterframe nya. Ahahaha. So mak nya tak lah glamer sorang-sorang.

Ceria kan? Rezeki tak disangka..
Begitulah kisahnya saya dan down light Osram. Hehehe. Actually ini kali kedua saya menang lucky draw dari shopping mall ni. 1st time dulu finalis lucky draw Boulevard. Tapi time tu dapat consolation je bukan main prize. Dapat bekas untuk simpan kukis untuk hari raya jer. Hehehe.

Apapun, syukur! Hari tu shopping barang dapur. Semuanya Emart belanja. Terima kasih Emart! Terima kasih Osram! Ada balance lagi baucer, Ayah Iman cakap boleh la beli waterjet. Hehehe.

Terima kasih, Emart!