Selasa, Mac 4

Diari Selasa

Yezza.
Hari ni kembali masuk ofis setelah 5 hari bercuti (termasuk weekend).
Masuk jer toilet terjumpa auntie cleaner.

"Eh, ada rupanya. Ingatkan dah meletop"

Hihihi.
Ada jugak yang prihatin rupanya.
Saya belom nak meletop lagi la auntie.
Saya cuma bercuti.

Best ke tak best cuti?
Best... tapi penat.
Dok opis lagi boleh rehat.
Kat opis otak jer penat.
Kat umah, mental fizikal memang penat.
Serius.
No wonder pekerjaan yang paling mulia ialah ibu rumah tangga.
Surirumah ler.

Kalo nak diikutkan hati memang nak jer sambung cuti lagi hari ni.
Tapi memandangkan banyak lagi kerja di ofis yang masih tergendala,
maka dikuatkan hati untuk tidak menyambung cuti.

Nasib baik bekfes sedap hari ni.
Tadaaaa....

Meatball & veggie. Alhamdulillah
Serius rindu budak manja ni.
Bangun tido mesti tengok muka Ibu dulu.
Kalo tak, nangis.
Bila Ibu muncul jer, terus senyum... stop nangis dan "Ibu".
Suka layan Irfan Mustaqim bercakap sekarang.
Walaupun cakap hujung-hujung jer tapi dia faham apa yang kita borakkan.
Memang anak Ibu bijaksana, sebijak namanya Irfan = kebijaksanaan.



Catat Ulasan