Ayah kerja hari Sabtu

Yup.
Saja nak buat rumusan.
Rumusan hujung minggu yang telah berlalu.
Hujung minggu yang tak best.
Kenapa?

1. Ayah kerja hari Sabtu
Faktor utama.
Kerja 8-5 lagi tu.
Macam biasa lah kalau Ayah takde kami anak beranak akan bermalasan di bilik tido.
Bergomol-gomolan.
Bermalas-malasan.
Hai...malasnya.

2. Ayah kerja hari Sabtu
Malas nak bangun awal.
Malas nak kemah umah.
Sebab?
Takde orang tolong.
Harapkan anak?
Anak tolong selerakkan lagi, ada lah.
Selalunya Ayah yang vakum.
Ibu masak-masak prepare brunch.

3. Ayah kerja hari Sabtu
Cuaca panas tapi malas nak membasuh.
Baju-baju baby adek tak basuh lagi.
Kalau basuh hari tu mesti dah setel dah.

4. Ayah kerja hari Sabtu
Semua plan tergendala.
Bilik bawah tak kemas lagi.
Sebab sekarang kami dok master bedroom kat atas.
Nanti pantang takkan nak turun naik kan?
Tapi....belom kemas lagi ni.
Cuak jugak.
Tetiba plak terveranak awal ke.

5. Ayah kerja hari Sabtu
Tak bestnya.
Ahad pun malas sebab dah rasa miss hari Sabtu.
Ahad pulak terpaksa jadi hari Sabtu.
Selalunya hari Sabtu hari membasuh.
Terpaksa membasuh di hari minggu.
Petangnya baru nak keluar, kain semua dah kering.
Kerana malas tak angkat masuk dalam
Balik jer malam.. hujan.
Ah, buhsannya.

Hari ni Isnin.
Rasa nak cuti.
Tapi tak boleh sebab ada kelas.
Takpe, seminggu jer kelas.
Semoga hari ni dipermudahkan.

Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form