Isnin, Februari 24

Mode renovation yang tertangguh



Lama dah tak update pasal rumah IMAN kan? Sebenarnya dari dulu lagi nak buat 'sesuatu' di ruang segiempat yang kosong tu tapi asyik tertangguh jer. Dulu orang dah ukur dah bahagian tu tapi sampai sekarang diorang tak hantar quotation lagi. 

Apa yang nak buat kat situ?

  • Plan 1 nak buat cermin muka. Ngam-ngam sama besar dengan ruang segiempat tu. Sebab nak ruang kat situ jadi besar. Tapi boleh tak nak letak cermin kat situ? Kena tengok logik jugak kan?  
  • Plan 2 nak buat para-para. So boleh la letak hiasan kecil-kecil kat situ. Tapi takut serabut pulak. Tapi... adei, banyak benar tapinya. Ye lah, kalo letak hiasan mestilah berhabuk pulak kang. 
  • Plan 3 nak combinekan cermin dan para-para. Hambik kau. Tamak betol kan? Tapi boleh tak impian ini direalisasikan? Kena tanya yang pakar dulu. Bukannya nak main letak sukati certmin tanpa memikirkan struktur dinding tu semua.

Agaknya boleh tak impian ini tercapai? Huhuhu...

Jumaat, Februari 21

14:2- Kisah Teladan Suami Isteri - Sebelum Semuanya Terlambat


Seorang isteri mengadu pada suaminya…..
”bang badan saya sakit-sakit”….
lalu suami berkata….
”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…
”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…
lalu suami berkata….
”dah lah tu…makan panadol…..penatsangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..
”bang duit belanja dapur dah habis”….
lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi…
takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…
”bang saya rasa penat nak bersama”….
lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..
”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...
lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..
”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…
lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..
”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….
suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….
”bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….
”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……
si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….
abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan….
Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..
tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…
abang sangkakan…..
penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANG pun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …
abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG…..
Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….
Segalanya takkan berpatah balik….

Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..
abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG…..
Bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….
Agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……




Jumaat, Februari 14

14:1 - Buku pink ketiga

Last update Oktober ek?
Sekarang dah tahun baru 2014.
Februari pulak tu.
2 bulan di tahun baru.

Pagi ni terbuka hati nak bukak blog.
Approve komen.
Ada blogger yang komen suh update blog.
Baiklah.
Kakmim update la ari ni.
Jangan terkezut pulak eh.

Tadaaaaa....
Ini adalah buku 'pink' ketiga Kakmim.


Alhamdulillah...Kakmim dah sampai ke trimester ketiga.
Tiga?
Yup.. trimester ketiga untuk anak ketiga.
Hehehe... hari ni 29 minggu.
Syukur.
Kali ni tak banyak ragam.
Semuanya dipermudahkan dari awal lagi.
Semoga hingga melahirkan, kami dipermudahkanNya.

Taktau nak update apa.
Lama tak memblog kan.
Janggal pulak rasanya.


Iklan tak berbayar:
Hamil? Selalu kejang di betis? Jom baca http://bit.ly/1dMEvpJ