Selasa, April 23

Mini Library, Impianku!

Habit bila dah agak berusia ni, beli majalah, tak habis baca, beli buku, tak habis baca, kalau zaman muda remaja dulu, beli novel petang, malam tu jugak bersengkang mata tak tidur malam nak habiskan 1 buku tu. Tapi sekarang dah lama giler lah tak beli novel. Tak minat dah baca novel. Kalau nak beli buku sekarang, selalunya beli buku parenting, buku motivasi, buku agama. Suka. Tapi masalahnya tak habiskan baca pun. Sebab tu saya prefer baca online. Sebab before tidor boleh baca bawak phone. Kalau buku ko nak bawak before tidor nak baca? Kompom, buku tu jadi buku. Dengan Irfan nya lagi nak berebutkan buku nya, dengan dia nak nenen nya. Senang bawak BB jer. Kecik pun kecik lah, jadi boleh baca sampai tertido.

Hari ni 23 April, hari Buku dan hari Hak Cipta Sedunia. Tadi masa nak gi kerja dengan hot.fm dengan topik ni. Adalah sorang caller tu, umur sebaya FF, dia kata last dia baca buku masa Form 5. Biar betul! Memang tak membaca langsung ke? Atau dia baca online kot. Tapi kesian lah kalau memang tak membaca buku (fizikal) atau online. Kesian sangat.

Impian saya, yang masih belom kesampaian. Nak buat mini library kat rumah IMAN. Buku memang dah ada koleksi. Novel lagi. Ada yang kat umah mak lagi. Tapi masih lagi kat rak yang biasa tu. Belom lagi terbeli rak yang besar untuk simpan semua koleksi tu. Majalah?? Banyak jugak. PaMa banyak, sayang nak buang tau. Sebab nanti boleh belek-belek lagi untuk rujukan. Banyak info parenting majalah PaMa tu.

Kalau dapat buat macam ni, memang awesome dan marbelles lah!


Ruang dah ada cuma perlu digabung sekali dengan bilik solat. Bilalah impian tu nak jadi kenyataan. Oh, mini library ku!


Macam ni pun best kan?? Stylo tapi tak banyak buku yang boleh muat. Ececeh... macam kau ada banyak sangat buku nyah... Hahaha


Oklah, oklah, saya berpijak di bumi yang nyata. Mini library + work station macam ni saya mampu. PC dah ada, Rak macam tu pun memang dah ada, cuma perlu tambahan lagi. Cheh... nak jugak over. Saya nak workstation yang agak besar sebab saya mengidamkan SOHO jugak sekarang. Adoh, Macam-macam kau nyah... Hahahaha... Takpe, nak kabulkan permintaan mini library dulu. Fighting! Chaiyok chaiyok!


Catat Ulasan