Isnin, April 15

Jalan-jalan?

Dan kerana 2 minggu berturut-turut busy dengan penyediaan dokumen untuk validasi, sampai anak-anak pun terabai, hujung minggu pun tak enjoy macam biasa, makanya hujung minggu hari tu pelawaan untuk 'lari' dari bandaraya Kuching dari mak pun diterima dengan hati dan tangan terbuka. Tak dapat check-in pun takpe lah (sebab fully booked) janji boleh jalan-jalan cuci mata bersama keluarga.


Kami ke Taman Negara Gudung Gading! 1 jam setengah dari Kuching, kami guna lebuhraya pesisiran dan naik feri di Batang Rambungan. Kalau guna jalan yang tak payah feri tu 2 jam jugak lah driving. Dan yang bestnya, sekarang ni memang masa untuk rafflesia berkembang! Tapi, saya tak pegi pun carik rafflesia tu, biasalah yan gpempuan kan sibuk dengan makanan, masak-masak lagi.


Ni lah dia rafflesia di Gunung Gading. Yang kaum lelaki jer yang pergi naik atas, ada lah kira-kira 1 jam macam tu untuk carik rafflesia tu. 

Ayah Iman dan rafflesia.  
Iman, dah besar kan?
Ibu Iman, tak membesar jugak kan? Haha

Rasa macam nak cuti-cuti Malaysia je. Nak makan-makan. Shopping-shopping. Oops... terlebih sudah. Ayah Iman target setiap tahun mesti bawak family jalan-jalan.

2009 - baru kahwin, honeymoon di Langkawi
2010 - Iman Madihah 1 tahun: jalan-jalan di Penang & Kedah, adik ipar kahwin di Changlun
2011 - Iman Madihah 2 tahun: jalan-jalan di KL je
2012 - Iman Madihah 3 tahun, Irfan Mustaqim 4 bulan: jalan-jalan Melaka, KL
2013 - ?

2013 masih menjadi persoalan. Ingat nak pergi Langkawi lagi, bawak Adik, tapi rasa nak pergi KK pun ada jugak. Nak pergi oversea? Tu nanti dulu, belum ada perancangan lagi, kecuali Singapore. Universal Studio?? Bestttt...

Apapun, kena kumpul RM dulu. Yeehaaa!


Catat Ulasan