Jumaat, Januari 11

DDH lagi setelah 3++ tahun berlalu

Blog! Salam hari Jumaat
Syok sebab ari ni last keja
Sok cuti...cuti weekend je
Tapi tetap syok
Heeeee....

Hmm...
Ko tau tak Blog, Iman Madihah aku, dulu dia breech, sebab tu la dia lahir secara c-sect
Bukan aku nak pun lahirkan dia secara c-sect
Alhamdulillah kan aku dan dia selamat
Tapi..
Masa Iman lahir tu, kaki kanan dia agak pelik
Asyik nak terangkat jer
Macam kaki kiri dia lemah pulak bila kaki sebelah jer asik terangkat
Even dibedung pun, bukak jer bedung, terangkat balik
So doktor yang cek time tu pun refer Iman ke paed
Masa umur Iman 4 bulan macam tu kot, dia dah di-xray
Sebab nak cek kaki dia
Huhuhu

Kenapa dengan kaki Iman?
Sebenarnya paed suspect DDH
Sila klik dan baca link DDH tu ye

Bila dixray dan direview, so far takde masalah
Tapi specialist time tu cakap tunggu Iman setahun
Bila dah setahun, review lagi, ok, tunggu dia 2 tahun
Bila dah 2 tahun, alhamdulillah, memang bukan DDH
So discaj
Alhamdulillah

Sape yang tak risau kan bila anak disuspek berpenyakit
Kepada yang menghantar mesej berkenaan anak disuspek DDH tu
Harap bertenang dan bersabar
Redha dengan dugaan yang Allah berikan
Setiap penyakit ada penawarnya
Tambah lagi dengan teknologi sekarang
Insya Allah semuanya boleh
Masa selalu bawak Iman jumpa specialist dulu selalu jer tengok
Ibu yang bawak anak yang tulang kakinya disambung
Mungkin kerana DDH kot

Banyakkan membaca dan menggali ilmu tentang penyakit anak kita
Bincang dengan doktor-doktor dan specialist
Berfikiran terbuka dan redha
Insya Allah, DDH tak membahayakan rasanya

Ok lah Blog, tu jer yang aku nak tuju kepada ibu yang mesej aku di FB

Semua yang berlaku ada hikmahnya
Bersabar dan redha ye

Iman Madihah, dulu 2009 dilahirkan breech, sekarang 2012 dah masuk sekolah dah




Catat Ulasan