Selasa, Januari 8

2013 - Iman saya masuk sekolah

Blog
Rindu aku tak?
Aku tau kau mesti rindu
Aku pun rindu kau, blog
Hehehe

Maaf blog lama tak jenguk kau
Aku kesibukan
Al-maklumlah blog
Hujung-hujung tahun gitu
Sekarang dah awal tahun

Oh, ya blog
Belum terlambat lagi kan aku nak wish kau
Happy New Year 2013
Apa azam kau tahun ni blog?
Eh, nanti lah ye kau story
Biar aku dulu story
Ada benda yang lagi penting daripada azam kau tu

Blog, anak aku Iman Madihah kan
Dah masuk sekolah
Hihihihi
Tak sangka kan blog
Cepat jer masa berlalu
Terasa baru tahun lepas kahwin dengan laki aku

Tahun ni anak sulung aku masuk 4 tahun
4 tahun, wa cakap lu
Ertinya tahun ni 5 tahun aku dah jadi isteri laki aku, blog
Hahahaha
Aku cuti masa anak aku masuk sekolah
Tapi aku takdelah jaga anak aku kat sekolah
Oops, aku cuti, tapi aku pi opis jugak ler ari tu
Sebab ada meeting
Apalagi masa meeting main FB jer lah sambil abiskan bateri henpon
Tetiba kan blog
Ternampak macam muka anak aku kat wall FB aku tu
Erkkkk....
Memang terkezut katak aku sekejap
Terus aku besarkan imej anak aku tu
Dan tengok sapa yang post
Oh, rupanya kawan aku yang post
Anak dia 1 sekolah ngan anak aku rupanya
Huhuhu
Legaaaaa...
Nak tengok gambar anak aku yang menumpang di gambar orang lain?
Hahahaa


Cer teka mana 1 anak aku blog?
Haaa...mestilah yang jeling orang yang ambik gambar tu?
Comel kan? Comel kan?
Hahahaha

Tak malu sungguh anak aku kan blog?

Pastu, tetiba... naik lagi 1 gambar di wall aku
Dengan budak laki pulak dahhhh


Tu diaaa...
Iman dan Iman
Sorang Iman versi lelaki, sorang lagi versi perempuan
Jiran kat umah mak aku pulak yang pos gambar di FB
Kiranya kan blog, semua gambar anak aku baru masuk sekolah aku dapat dari FB orang lain
Hihihihi
Aku? Satu pun takde ambik gambar

Lepas habis tadika, Iman pergi day care, kat sebelah je
Bukan apa, aku nak dia belajar berdikari
Kesian memang kesian, tapi terpaksa
Nak didik anak kan...

Hari Jumaat, hari ke-3 bersekolah dan aku masuk kerja
So far, takde masalah
Sebelum aku gi kerja
Iman transit kat umah nenek yakni mak aku
Then dari situ Iman pergi ke sekolahnya iaitu LBT
Little Bright Thinkers


Dan hari Jumaat, kena pakai baju kurung


Pisyo!
Itulah anak aku, Iman Madihah yang minat kumpulan #saywho Maharajalawak Mega 2012
Hihihihi

Tapi
Menjelangnya hari Isnin
Dia buat hal pulak dahhhhhh
Bila ditransit umah nenek, Iman taknak mandi, taknak kemas gi school
Menangis!
Aduyaiiiii.... nasib baik Ayah belom masuk opis lagi
Terus si Ayah Iman bergegas ke rumah nenek
Nasib baiklah terus ok dan nak pergi sekolah
Hari Isnin pakai baju PJ tapi aku lupa nak suruh dia pakai kasut
Adakah patut blog?
Suruh anak PJ guna selipar
Waawaaawaaaa
Ibu apakah aku ini
Kesian anak aku, blog


Cer lihat, cer lihat... Iman Madihah aku yang pakai selipar
Ni gambar yang dicandid oleh laki aku dari dalam kereta

Kesimpulannya, anak aku dah masuk sekolah (kau hade?)
Aku dah lama jadi bini orang (mestilah kau takde)
Aku dah makin menua (kau.. aku tak tau plak blog)

Sekian, blog
Nanti kalau rajin aku conteng kau lagi


Catat Ulasan