Selasa, Januari 15

Suatu hari di hujung minggu

Hai, auntie kawan Ibu
Tok masa Iman jadi 'penyambut tetamu' masa dinner opis nenek
Tapi sekda orang ambik gambar Iman masa hari kejadian ya
Pelik tapi benar, kan?

Eh, gambar ya masa Iman test baju ajak
Hehehe
Salah indah
Nenek beli baju ya ngan Iman
Cantikkk..
Kaler green
Iman suka

Masa di hotel
Ibu ngan Ayah embak Iman tido hotel
Malam masa dinner opis nenek ya bah
Iman suka tidor hotel
Iman nak mandik kolam

 Tengok Iman mandik kolam
Adek Azaya pun ada juak mandik kolam
Iman embak Adek Azaya ngan Dek Pan mandik kolam

Haaa... tengok Dek Pan ngan Azaya
Hihihi

Best!!
Kelak Iman mok ajak Ayah ngan Ibu tido hotel agik
Iman mok gi Kay EyL juak
Iman mok nait aeroplane
Ada Ibu madah
Kelak...

Sik tauk bila
Kelak Iman tanyak Ibu agik


Yang Benar,
Iman



Isnin, Januari 14

Meng-sushi

Blog, aku suka hujung minggu!
Sebab suka bawak anak-anak aku jalan-jalan.
Engkau hade?
Hahahaha

Macam biasalah jarang hujung minggu tak merayau
Paling-paling pun window shopping jer
Tak shopping tak apa, janji dapat makan
Hahahaha
Makan jer kerjanya kan, Blog

Hujung minggu tu kami lepak di Sushi King
Entah kenapa asik terbayang-bayang sushi
Padahal baru jer minggu lepas makan sushi
Laki aku layan jer
Seronokkkk

Sikit jer kami makan, hehehehe

Iman pun makan banyak, order kid's meal, habis dia makan
Si kecik ni pun makan jugak, pastu nangis sebok nak main chopstick
Saya dan anak dara saya

Mana gambar sushi nya?
Hahaha
Takmolah upload nanti Blog jeles
Erk, ke kau tak pandai makan sushi?
Hihihihi
Sebenarnya tak sempat pun nak ambik gambar
Eh..
Tak teringat
Ye la bukannya zaman dulu kala kalo makan tangkap gambar dulu
Sekarang kalo makan, berperang dulu
Hahaha
Ye lah anak kan dah 2
Jangan harap ler nak makan dengan aman damai

Tapi
Kalau tak bawak diorang, tak lengkap pulak rasanya hidup ni
Biarlah berperang ke bergaduh ke
Tapi best bawak si kakak dan si adik jalan-jalan

Betol tak? Betol tak?
Hehehe...



Jumaat, Januari 11

Bekalan anak dan ayahnya

Blog, yuhuuuu!!!

Memandangkan Iman Madihah mintak bawak air ke sekolah
Hmm... itu simptom yan gdia teringin tengok kawan-kawan ler tuh
Minggu ni jer berapa hari dah bekfes yang aku sediakan, tak habis
Bawak ke sekolah, makan dengan kawan-kawan
Anak... anak..
Kesian pulak aku dengan si Iman, Blog

Actually aku dah bayar fee sebulan sekali dengan makan
Sebab tu aku tak risau bab makan
Aku nak ajar jugak dia makan macam-macam
Tak ler makan ayam, ikan, udang, sayur kacang dan batang sayur hijau je
Pastu sup
Benda lain Iman tak suka sangat
Kecuali mee kolok dan ayam pipin (drumstick)
Memang buah hati dia lah

So, hari ni bangun macam biasa
Tapi aku lupa kenapa macam rilek jer aku bangun
Rupanya aku tak prepare bekfes plus bekal si anak!
Pastu terus aku goreng daging burger
Tapi aku memang dah siap letak kat dalam chiller lah
Tak payah tunggu refrost lagi

Dan... inilah bekalan untuk anak dara saya
Sangat simple!

Mini Beef Burger 0!

Kenapa mini beef burger 0?
Sebab saiz mini, pakai bun yang kita guna untuk makan eskrem tu
Pastu 0 sebab takde sos, mayonis, cheese, sayur dan bawang!
Iman punya selera kan?

Guess what, Blog?

Aku tanye Ayah Iman

"Yang, kitak mok makan burger 0 kah?
Dia  - "Mok"
"Makan kah bekal?"
Dia - "Bekal jak"
"Makan kah?"
Dia - "Kamek bekal jak"

Huuuuu...
Laki aku nak bekal mini burger 0 macam anak nya
Sebab tu aku macam tak percaya
Tapi aku letak la jugak sos peket KFC kat dalam bekal dia
Hehehehe

Aku?
Aku bekal lagi advance la
Nasik dan lauk dalca
Dan ikan masin!
Mak buat!
Hahahahaaa

Makan sorang-sorang kat pantri, panaskan lauk dan nasik, dan ngap!


Semenjak 2 menjak ni bila aku prepare bekal
Si Ayah pun nak jugak bekal
Dulu dia jarang nak bekal, makan terus jer kat umah
Baguslah, jimat kan?

Kan, Blog?
Kan? Kan?

Misi 2013 belom sempat tertaip lagi ni
Masih ada dalam kepala
Blog, tolong??

Heheeeee...

DDH lagi setelah 3++ tahun berlalu

Blog! Salam hari Jumaat
Syok sebab ari ni last keja
Sok cuti...cuti weekend je
Tapi tetap syok
Heeeee....

Hmm...
Ko tau tak Blog, Iman Madihah aku, dulu dia breech, sebab tu la dia lahir secara c-sect
Bukan aku nak pun lahirkan dia secara c-sect
Alhamdulillah kan aku dan dia selamat
Tapi..
Masa Iman lahir tu, kaki kanan dia agak pelik
Asyik nak terangkat jer
Macam kaki kiri dia lemah pulak bila kaki sebelah jer asik terangkat
Even dibedung pun, bukak jer bedung, terangkat balik
So doktor yang cek time tu pun refer Iman ke paed
Masa umur Iman 4 bulan macam tu kot, dia dah di-xray
Sebab nak cek kaki dia
Huhuhu

Kenapa dengan kaki Iman?
Sebenarnya paed suspect DDH
Sila klik dan baca link DDH tu ye

Bila dixray dan direview, so far takde masalah
Tapi specialist time tu cakap tunggu Iman setahun
Bila dah setahun, review lagi, ok, tunggu dia 2 tahun
Bila dah 2 tahun, alhamdulillah, memang bukan DDH
So discaj
Alhamdulillah

Sape yang tak risau kan bila anak disuspek berpenyakit
Kepada yang menghantar mesej berkenaan anak disuspek DDH tu
Harap bertenang dan bersabar
Redha dengan dugaan yang Allah berikan
Setiap penyakit ada penawarnya
Tambah lagi dengan teknologi sekarang
Insya Allah semuanya boleh
Masa selalu bawak Iman jumpa specialist dulu selalu jer tengok
Ibu yang bawak anak yang tulang kakinya disambung
Mungkin kerana DDH kot

Banyakkan membaca dan menggali ilmu tentang penyakit anak kita
Bincang dengan doktor-doktor dan specialist
Berfikiran terbuka dan redha
Insya Allah, DDH tak membahayakan rasanya

Ok lah Blog, tu jer yang aku nak tuju kepada ibu yang mesej aku di FB

Semua yang berlaku ada hikmahnya
Bersabar dan redha ye

Iman Madihah, dulu 2009 dilahirkan breech, sekarang 2012 dah masuk sekolah dah




Khamis, Januari 10

IMAN nama UNISEX

Blog, selamat hari Khamis
Nak citer kat kau
Kat sekolah Iman ada 3 orang budak nama Iman
Semuanya Level 1
Kesian cikgu diorang kan?
Camne nak panggil ketiga-tiga Iman ni

Sorang tu Iman lelaki
Sekelas dengan Iman Madihah
Seorang lagi Iman Najihah
Yang ni tak sure pulak sekelas atau tak

Level 1 = kelas untuk budak 4 tahun, ada 2 kelas
1 kelas = 8 orang
2 kelas = 16 orang

Iman Madihah
Aku balik jer keje, blog
Mesti die report
"Bu, Iman ok ari tok Bu"
Bila Ayahnya pulak sampai
Pun sama
"Yah, Iman ok ari tok Yah"

Iman... Iman...
Semalam dia teringin nak bawak bekal pulak
Mesti sebab kawan-kawan dia bawak bekal

Nampaknya aku kena berusaha gigih lepas ni nak siapkan bekalan
Bekalan Ibu, Ayah, Kakak dan Adik
Huhuhu

Bye, blog
Nak cepat ni, cerita ala-kadar jer k
See you!


Rabu, Januari 9

Kerja Yang Tak Siap atau Bakal Siap?

Blog, aku kembali lagi
Dengan cerita di opis yang tak reti nak abis
1 projek tu aku tak siapkan lagi
Jumaat ni dipanggil meeting lagi
Untuk projek yang lain??

Aku tak mau, Blog
Penat otak nak fikir


Selasa, Januari 8

2013 - Iman saya masuk sekolah

Blog
Rindu aku tak?
Aku tau kau mesti rindu
Aku pun rindu kau, blog
Hehehe

Maaf blog lama tak jenguk kau
Aku kesibukan
Al-maklumlah blog
Hujung-hujung tahun gitu
Sekarang dah awal tahun

Oh, ya blog
Belum terlambat lagi kan aku nak wish kau
Happy New Year 2013
Apa azam kau tahun ni blog?
Eh, nanti lah ye kau story
Biar aku dulu story
Ada benda yang lagi penting daripada azam kau tu

Blog, anak aku Iman Madihah kan
Dah masuk sekolah
Hihihihi
Tak sangka kan blog
Cepat jer masa berlalu
Terasa baru tahun lepas kahwin dengan laki aku

Tahun ni anak sulung aku masuk 4 tahun
4 tahun, wa cakap lu
Ertinya tahun ni 5 tahun aku dah jadi isteri laki aku, blog
Hahahaha
Aku cuti masa anak aku masuk sekolah
Tapi aku takdelah jaga anak aku kat sekolah
Oops, aku cuti, tapi aku pi opis jugak ler ari tu
Sebab ada meeting
Apalagi masa meeting main FB jer lah sambil abiskan bateri henpon
Tetiba kan blog
Ternampak macam muka anak aku kat wall FB aku tu
Erkkkk....
Memang terkezut katak aku sekejap
Terus aku besarkan imej anak aku tu
Dan tengok sapa yang post
Oh, rupanya kawan aku yang post
Anak dia 1 sekolah ngan anak aku rupanya
Huhuhu
Legaaaaa...
Nak tengok gambar anak aku yang menumpang di gambar orang lain?
Hahahaa


Cer teka mana 1 anak aku blog?
Haaa...mestilah yang jeling orang yang ambik gambar tu?
Comel kan? Comel kan?
Hahahaha

Tak malu sungguh anak aku kan blog?

Pastu, tetiba... naik lagi 1 gambar di wall aku
Dengan budak laki pulak dahhhh


Tu diaaa...
Iman dan Iman
Sorang Iman versi lelaki, sorang lagi versi perempuan
Jiran kat umah mak aku pulak yang pos gambar di FB
Kiranya kan blog, semua gambar anak aku baru masuk sekolah aku dapat dari FB orang lain
Hihihihi
Aku? Satu pun takde ambik gambar

Lepas habis tadika, Iman pergi day care, kat sebelah je
Bukan apa, aku nak dia belajar berdikari
Kesian memang kesian, tapi terpaksa
Nak didik anak kan...

Hari Jumaat, hari ke-3 bersekolah dan aku masuk kerja
So far, takde masalah
Sebelum aku gi kerja
Iman transit kat umah nenek yakni mak aku
Then dari situ Iman pergi ke sekolahnya iaitu LBT
Little Bright Thinkers


Dan hari Jumaat, kena pakai baju kurung


Pisyo!
Itulah anak aku, Iman Madihah yang minat kumpulan #saywho Maharajalawak Mega 2012
Hihihihi

Tapi
Menjelangnya hari Isnin
Dia buat hal pulak dahhhhhh
Bila ditransit umah nenek, Iman taknak mandi, taknak kemas gi school
Menangis!
Aduyaiiiii.... nasib baik Ayah belom masuk opis lagi
Terus si Ayah Iman bergegas ke rumah nenek
Nasib baiklah terus ok dan nak pergi sekolah
Hari Isnin pakai baju PJ tapi aku lupa nak suruh dia pakai kasut
Adakah patut blog?
Suruh anak PJ guna selipar
Waawaaawaaaa
Ibu apakah aku ini
Kesian anak aku, blog


Cer lihat, cer lihat... Iman Madihah aku yang pakai selipar
Ni gambar yang dicandid oleh laki aku dari dalam kereta

Kesimpulannya, anak aku dah masuk sekolah (kau hade?)
Aku dah lama jadi bini orang (mestilah kau takde)
Aku dah makin menua (kau.. aku tak tau plak blog)

Sekian, blog
Nanti kalau rajin aku conteng kau lagi