Kisah Sarapan Pagi

Dari minggu lepas hajat di hati nak bawak bekalan dari rumah untuk bekfes di ofis
Akhirnya tercapai jua hajat hari ni
Semalam nak bawak bekal tapi nasi habis pulak malamnya
Malas nak masak pagi-pagi
Dan malam tadi saja makan takde nasik tambah so adalah balance
Cukup lah untuk makan pagi ni
Alhamdulillah
Dah habis pun
Walaupun hanya nasik putih, telur mata + kicap + kacang buncis goreng bertelor
Dan buah pisang baki bekalan semalam!
Hehehehe

Sejak semenjak 2 menjak jadi nursing mommy ni sarapan pagi saya selalunya berat
Memang selalu ambik nasik campur terus
Kalo tak nasik campur, nasik lemak
Tapi mesti yang berasaskan karbohidrat
Sebabnya kalo tak makan banyak, SI tak produktif nanti

Sebenarnya, sarapan pagi tidak menggemukkan
Walaupun makan berat-berat macam ni
Sarapan pagi sangat penting untuk membantu metabolisme badan kita
Supaya dapat bekerja dengan baik sepanjang hari
Kalau kita kenyang, bertenaga, so semangatlah kita nak buat kerja
Takdelah stress atau tension berbagai

Malah sarapan pagi sebenarnya lebih penting daripada makan tengah hari dan malam!
Kalau nak gemuk, makanlah banyak pada waktu malam
Amalan Rasulullah pun makan malam sebelum Maghrib
Macam yang diamalkan oleh kaum Cina
Kalau dari aspek kesihatan, kita memang tak digalakkan makan sebelum tidur
Sebab...
Sistem pencernaan kita akan mengambil masa untuk menghadamkan apa yang kita makan
Kalau lepas makan, terus tidur, camne sistem penghadaman kita nak proses kan?
Usus-usus dalam sana pun nak rehat jugak
Sebab tu amalan Rasulullulah makan sebelum Maghrib
Untuk memberi peluang kepada usus-usus bekerja
Dan selesai semuanya, kita pun mudah nak tido dan berehat

Oleh itu, cuba buat pemerhatian sikit
Bila kita ambik bekfes, kita akan mudah fokus dengan apa yang kita buat
Akan rasa tenang, happy dan ceria sepanjang di ofis
Berbanding kalau skip bekfes
Of course mood pun terus ke langit
Malas, boring dan semua yang negatif akan menjelma
Kerana perut lapar, mata mengantok, fikiran asyik teringat makanan je
Cubalah!

Di sini saya kongsikan tips sarapan pagi yang sihat, dipetik dari entri Ummi Irfan

1. Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (setara dengan segelas susu atau yogurt) plus protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sendok setara 4 gram).

2. Jika  tak ada waktu sarapan di rumah, Anda boleh membawa roti isi dan susu untuk dinikmati  semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

3. Telur dadar bahan makanan yang relatif praktis dan mudah disajikan. Kandungan nutrisi dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

4. Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan  vitamin bagi tubuh.  Jika ada waktu di malam hari, blenderlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pagi harinya.

5. Bila Anda selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar Anda menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan anda akan berubah.  Setiap bangun pagi hari, anda akan merasa lapar.

Soalan terakhir saya, anda dah sarapan?
Kalau belom, pergilah, tinggalkan sekejap kerja anda tu
Badan kita ni nak pakai lama
Lepas sarapan, top up lagi dengan ESP Shaklee lagi bagus!
Hehehehe...



Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form