Isnin, Oktober 15

Kisah Raja Sushi

Setelah sekian lama berpantang makan sushi, hari tu saya dan room mate mensushikan diri waktu kerja. Takpe time tu budak cuti so memang takde kelas sebab tu berani mengularkan diri, drive jauh sikit ke bandar untuk memuaskan hajat di hati, err... hajat perut yang sesuainya.


Inilah dia Golden Ball kegemaran. Yang ni bukan sushi, yang ni telur rebus yang digoreng dan disaluti bread crumb, pastu letak crab stick & mayo kat atasnya. Sedap! Tak semestinya pergi Sushi King makan sushi jer. Menu lain pun ada kat situ.


Dan ini pula ialah Yakitori Negi. Yang ni pulak ialah isi ayam dada, dicurah sos + kicap masin + manis, biasa je sebenarnya. Sebab dah muak makan sushi makan jer lah benda lain selain daripada sushi.

Bila lepak kat Sushi King perut kena dalam mode yang tak seberapa lapar. Sebab makan sushi sangat sesuai makan dalam kondisi rilek-rilek ajer, santai dan sembang-sembang. Kalau lapar, tak puas makan kat sini. Yang bestnya tengok sushi-sushi bergerak di atas belt di depan mata. Itu sebenarnya feeling makan sushi!

Dan setelah 9 + 8 bulan, akhirnya saya makan sushi semula! Alhamdulillah.


Catat Ulasan