Selasa, Oktober 2

Kisah Ibu dan Susu Ibu

Sekarang ni ramai ibu berkerjaya berjaya menyusukan baby diorang for at least 6 bulan. Oklah kan at least 6 bulan pertama baby hanya minum susu ibu jer, bukan susu formula atau air suam. Nak diikutkan bekerja dan menyusukan (I mean fully bf) memang sebenarnya sangat mencabar. Bayangkan di ofis/sekolah, nak tunaikan tanggungjawab sebagai pekerja lagi, nak tunaikan tanggungjawab kepada anak lagi, walaupun baby takde depan mata tapi tanggungjawab tu tetap mengejar seorang ibu di mana-mana.

Bagi ibu yang baru berniat nak bf baby secara eksklusif, persediaan mental, fizikal, moral dan kewangan tu sangat penting. Bagi ibu yang dah beranak 2 macam saya ni, di mana anak pertama tak fully bf, cabaran awal bermula dalam pantang lagi. Orang tua di sekeliling ramai yang tak menyokong baby disusukan dengan susu ibu sepenuhnya. Sedih, tertekan, geram, marah, semuanya menjadi 1. Kalau tak kuatkan hati, memang mudah terpedaya untuk memberikan baby susu formula.

Macam saya sendiri, emak saya sangat risau bila saya cakap nak fully bf adik Iman dulu. Sebabnya dia tahu saya selalu travelling sana-sini, camne dengan Irfan kalau saya travelling? Susah kan? Tapi saya tetap berdegil dan yakinkan mereka saya akan kumpul stok susu banyak-banyak untuk kegunaan semasa dah kembali bekerja nanti. Ok. Selesai. Mereka dah boleh terima Irfan hanya disusukan susu ibu je. Cabaran lain plak bila si Irfan takmo menghisap susu Ibu guna botol. Bising lah mak, mulalah pulangkan paku buah keras tapi saya tetap pekakkan telinga, fikir yang positif-positif jer. Nanti mesti boleh punya, mesti Irfan nak. At last, memang dia nak pun. Sekarang memang takde masalah nak hisap susu guna botol, kecuali kalau saya ada berdekatan, confirmlah nak yang original. Hehehe.

Bila dah masuk kerja pulak, kita kena korbankan sikit masa bersosial dengan kawan-kawan bila tak boleh lepak surau lama-lama, tak boleh sarapan pagi lama-lama, semuanya demi anak tersayang. Ada yang lebih penting daripada yang lain-lain, iatu mengepam susu untuk si anak! Tapi masa mengepam tu masih lagi dapat bersosial di alam maya, baca blog, baca artikel tentang kekeluargaan. Hmm... nampak tak pro dan kontra bila kita berniat nak bf kan anak. Tak susah kan? Daripada dok berporet, baik baca blog pakar kanak-kanak sambil pam susu untuk anak. Besar manfaatnya tu!

Ada 1 lagi tips yang paling penting. Kalau nak bf secara eksklusif, pastikan jugak kita tak keseorangan. Kalau parents tak membantu, pastikan husband membantu, masa mengandung tu bincang dan bagitau husband akan niat kita nak susukan baby secara eksklusif. Sebab? Kita perlukan support daripada husband kita sebab masa bf ni ada ups and down. Susu tak selalunya meriah. Masa susu merudum tu kita kena ceria jugak, tak boleh stress. Lepas tu peralatan dan aksesori untuk bf ni bukannya 10 atau 20 ringgit. Makan ratus-ratus! Atau mencecah ribu! Sebab tu kena bincang dengan husband, walaupun nak guna duit kita sendiri tapi make sure husband tau kita habiskan duit kita ke arah mana, jangan plak kita dituduh boros nanti. Bf ni kena ada pelaburan, makin banyak kita melabur, makin kuat semangat kita nak bf kan baby. Ye lah, dah beli pam beribu-raban tapi nak pakai sebulan 2 je? Sanggup ke? Lepas tu nak pergi kerja, macam-macam lagi yang nak dibeli selain daripada pam, nak kena ada cooler bag jugak, ice pack lagi, poncho, macam-macam lah. 

Tak semua orang di sekeliling kita support bf secara eksklusif ni, sebab tu lah kita perlu join support group untuk bf mommies. Dengan join group macma ni, kita boleh sharing experience, tips, masalah dan sebagainya. Kalau ada masalah, ada pakar laktasi (LC) yang akan membantu. Lagilah semangat untuk bf, ada kawan-kawan mengepam, kawan-kawan bertukar-tukar pendapat.

Bf sebenarnya sangat seronok kan? Apatah lagi dengan bonding yang kuat dengan anak. Tak sanggup rasanya nak bagi baby susu fm bila dah serasi dengan rutin harian mengepam untuk anak. Memang agak mencuri masa bekerja  tapi anak itu pun amanah Allah. Oleh itu,  marilah kita mengutamakan keluarga tanpa mengenepikan kerjaya. 

 Semuanya, tepuk dada, tanya selera, nak atau tak nak?


Saya bukan camwhore, tak reti nak ambik pic sendiri.. huhuhu


Catat Ulasan