Khamis, September 13

Untuk sahabat-sahabat di KUSSIS

Walaupun flash mob ni pada tahun 2011 tapi saya baru jer tengok tau.
Tetiba jer  tangan ni rajin nak menaip -klcc flashmob- kat YouTube lepas tengok ada sahabat post kat FB.
Meremang bulu roma bila dengar background music.
Macam menyuntik 1 semangat baru dalam diri.
Iyerrr...




Entahlah.
Sejak melahirkan Irfan ni, makin taksub pulak dengan word BF.
Join pulak support group (KUSSIS) kat FB, makin bersemangat untuk menyusukan Irfan dengan SI je.

Alhamdulillah, makin ramai ibu bekerjaya yang berjaya menyusukan anak sekarang.
Walaupun sibuk dengan tugas di pejabat, dengan meeting lagi, travelling, tapi masih tetap mengepam.
Semuanya demi si kecil, masa depan kita dan juga bumi ni.
Kerana merekalah khalifah di atas muka bumi ni pabila kita dah tiada kelak.

Saya sangat kagum pabila ibu-ibu yang berjauhan dengan anak tetapi masih tetap menyusukan anak mereka.
Walaupun terpaksa mengepam siang malam untuk dijadikan stok untuk si kecil mereka.
Semangat mereka tetap kuat.
Kalaulah saya jadi suami mereka, saya sangat-sangat terharu dengan pengorbanan EP mommies ni.
Mengepam dan direct BF memang tak sama sekali pengalamannya.

Mengepam, kita bermain dengan pam, storage bottles, storage bags.
Kalau direct BF, kita bermain dengan anak, cahaya mata kita sendiri!
Itulah hikmahnya BF.
Seharian di pejabat, balik jer kerja terus mengulit si comel kesayangan.
Secara tak langsung memang anak akan lebih rapat dan mesra dengan kita.
Kalau disuruh travelling, kerja outstation, kalau diberi pilihan ada pengganti memang sanggup tak pergi.
Sebabnya taknak berjauhan dengan si kecil.
Apatah lagi bila belum cukup 6 bulan.
Berat hati sangat-sangat!

Kawan-kawan yang tidak menyusukan anak, janganlah berkecil hati dan rendah diri.
Insya Allah masih ada peluang untuk kita menebus kesalahan kita pada anak-anak kita.
Pengalaman saya sendiri.
Kakak si sulung tak eksklusif BF pun.
Masuk jer kerja lepas habis maternity leave terus campur susu FM.
Itulah zaman kejahilan saya!
Sekarang bila tengok si adik eksklusif BF terasa bersalah dan kesian pulak dengan si kakak.
Tapi nak buat macam mana, yang dah berlalu tu tak dapat nak diputar balik.
Tapi saya bertekad untuk eksklusif BF anak yang kedua, dan insya Allah anak yang seterusnya.
Sekiranya ada rezeki lagi nanti.
Insya Allah.

Semoga niat BF saya kali ni sentiasa dipermudahkan.
Ada 5 bulan lagi untuk genap setahun.
Semoga hati saya sentiasa cekal dan tidak goyah dengan anasir-anasir luar.
Kalau boleh nak jer BF anak sampai 2 tahun.
Tapi taknaklah berangan lebih-lebih dulu.
Nanti diri sendiri yang frust menonggeng.
Biarlah upgrade dari 1 level ke 1 level.

Dan.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat di KUSSIS yang telah banyak memberi sokongan selama ini.
2x join support group meeting sangat bermakna dan memberikan input dan semangat baru kepada saya.

I love breastfeeding!
Susu ibu adalah hak anak-anak kita.





*KUSSIS = Kumpulan Sokongan Susu Ibu Sarawak







Catat Ulasan