Jumaat, September 21

Kisah Transformasi

Kadang-kadang
Si iblis dan syaitan membisikkan
Supaya..
Aku rasa menyesal beli rumah sekarang
Tak suka kalau perasaan tu datang
Aargh..

Isk.. 
Kenapa aku lemah sangat ni?
Macam tak tahu bersyukur je
Nasib baik dah ada rumah kan?
Ada jugak aset
Alhamdulillah

Sebenarnya rumah aku sekarang ok
Ok sangat
Tapi kalau famili datang
Ramai-ramai famili datang
Rumah aku terasa kerdil sesangat
Al-maklumlah famili aku besar
Dan ramai
Suka pulak makan-makan
Kesian diorang

Sebab tu aku mengimpikan rumah sebijik!
Atau tak dapat sebijik, semi-d pun ok
At least ada ruang bergerak kalau buat majlis

Rumah aku sekarang 1 tingkat setengah
Bahagian atas tu memang bilik tidur semata-mata
Ada 2 bilik tidur
So ruang bawah tu je lah kalau ada keramaian
Bilik atas memang jarang orang naik
Tapi master bedroom pun aku rasa tak cukup luas
Aargh!
Kenapa mesti perasaan macam ni datang sekarang?

Dulu
Aku memang jatuh cinta pandang pertama dengan rumah aku sekarang
Masa tengok show house lagi dah terpikat
Tapi masa tu dah fully-booked

Tetiba bila buat fasa baru
Ada pulak buat promo kat supermarket
Dan aku pun terus booking
Dan sekarang memang dah setahun lebih pun dok situ

Jahat kan aku?
Boleh ada perasaan tak bersyukur camtu
Betul la manusia ni memang tak pernah puas

Untuk menghilangkan rasa aku yang tak best ni
Aku semangat nak transform rumah aku sekarang
Tapi semuanya perlukan RM
Takpe lah, slowly

Tahun depan, 2013
Aku nak sofa baru
Nak curtain baru
Nak buat customized interior design
Dah, cukup!

Target tu je ok

Tapi sebelum tu
Aku nak jual sofa aku yang sekarang
Dah dapat jual sofa tu 
Baru dapat beli sofa baru

Curtain aku plan nak tempah awal
Pastu bayar ansuran
Harap-harap bolehlah macam tu

Yang customise tu?
Yang tu kena ada cash baru berani nak approuch Encik Tukang tu
Argh... kenapa nafsu ni macam tak tertahan je

Dapur dan kitchen cabinet?
Cukup lah
Nasib baik yang tu aku puas hati
Takde perasaan nak rombak
Mungkin sebab semuanya taste aku

Masa memFB tetiba aku tengok ada hamba Allah upload gambar
Macam aku kenal!
Memang ye pun
Kitchen cabinet aku

Tak sangka pulak ada orang google
Siap upload kat FB
Suka, suka



Mudah-mudahan hajat aku nak buat tranformasi ni kesampaian
Amin...

Ingatlah wahai aku
Bukan senang nak memiliki sebuah rumah impian
Bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kau dah ada rumah

Ada paham?


Catat Ulasan