Khamis, September 20

Kisah si S3 yang merajuk

Yup, Spectra 3 atau S3 tengah 'rest' sekarang.
Di rumah nun!
Bukan rosak, tapi dah tiba masanya untuk diservis.
Tak hantar servis pun lagi.

Sebenarnya last 2 week tak sempat pun nak memblogkan kisah si S3 ni.
Pagi tu seperti biasa kol 9 pagi nak pam.
Pasang ler S3 seperti biasa dan on.
Tapi takde suction!

Nervous!

Adakah susu takde? - Itu yang dulu bermain di minda.
Tak boleh jadi ni.
Padahal sebelum pam ada jer rasa 'sengatan' kat bahagian cik B.
Tak mungkin susu takde.

Tapi tunggu jugak lah.
Tapi puas menunggu, setengah jam takkan takmo keluar jugak.
Suction memang takde rasa apa-apa pun!

At last try ler picit cik B.
Oops, ada jer SI memancut.
Uwaaaaaa! S3 yang buat hal rupanya.
Terus rasa nak nangis.
Takkan tak pam, stok bukan byk pun.
Dan takde hari dalam sejarah saya tak pam langsung.
Lainlah kalau kat umah, si Irfan ada 'mengepam'.

Nekad.
Hari tu balik awal.
Kol 1 pm dah keluar.
Balik dan tak kembali lagi ke ofis.
Tulis jer dalam buku keluar bawak anak appointment klinik.
Nak buat camne, pam tetap pam.
Nasib baik ler si manual Avent ada di rumah.

Sampai di umah terus sambar si Avent yang telah lama dianaktirikan.
Tapi dia jugak yang setia berkhidmat sampai sekarang.
Makin best pulak bermanual balik dah.

Begitulah kisahnya si S3 yang merajuk itu.

**Mem Azza Haini - Bukan kitak yang tertinggal episod tapi kamek nang sekda cerita. Hehehehe





Catat Ulasan