Isnin, September 10

Dabai fruit aka dabei

Dabai fruit atau orang Sarawak panggil buah dabei. Sedap tau.

Gambar ikhlas dari Google

Tapi kalo orang tak pernah makan memang tak boleh masuk. Dulu pernah bawak buah dabei ni masa study, tapi room mate tak boleh masuk rasanya. Masa tu bawak dabei dijeruk kicap, takpe lah, dia takleh makan, akak ni bisa ajer menghabiskannya.

Buah dabei ni hanya terdapat di Sarawak. Selalunya buah ni sinonim dengan musim durian. Kalo musim durian, melambaklah buah dabei ni di pasaran. Kalo buah dabei dah ada di pasar, ertinya dah adalah buah durian.

Selalunya buah dabei ni dicelur dengan air panas sehingga masak dan makan dengan garam. Tak makan ngan garam pun sedap jugak. Rasanya lemak-lemak gitu. Tapi famili saya suka cecah dengan kicap pedas. Pergh, meletop la. Sedap.

Kalo buat jeruk kicap pun sedap jugak. Boleh tahan lama simpan dalam peti sejuk. Tapi yang menu nasi goreng dabei di kedai-kedai makan kat Sarawak tu diorang pakai dabei jeruk yang dah dimasinkan, bukan dabei yang segar.

Baru-baru ni saya try menu lain pulak berasaskan dabei. Dabei celur macam biasa, kemudian dikupas, biji tu buang atau boleh makan juak, cungkil isi biji tu rasanya macam kuaci, hehehe... potong bawang besar, cili, kemudian tumis bawang dan cili, masuk ikan bilis, masukkkan isi dabei, letak garam sikit or kicap manis. Siap! Menjadilah menu baru dabei. Sedapnya makan dengan nasik panas. Hehehe


Mode lapar ni. Grr...




Catat Ulasan