Isnin, September 3

Bila Isnin

Kenapa mesti ada Isnin?
Kalau Isnin diganti dengan Selasa, kenapa mesti ada Selasa?
Kenapa?
Faham kan kenapa ada statement ni?

Teringat.
Dulu masa pregnant Irfan, bukak bekal kat pantri untuk breakfast.
Tetiba sorang staff lelaki masuk.

Dia- "Ko masak ke?"
"Aah."
Dia - "Sempat jugak ko masak?"
"Sempat, aku bangun kol 5 masak bekfes."
Dia - "Baguslah, wife aku tak sempat apa-apa, nak uruskan anak-anak lagi"

Tu masa ada Iman Madihah jer..
Aku bangun seawal 5 pagi dia pun masih nyenyak tidur.
Sekarang pukul berapa pun aku awal bangun kalau Irfan terjaga sama aku kena susukan dia dulu.

Sekarang dah lama tak bawak bekal dari rumah.
Tak sempat nak masak-masak di awal pagi lagi dah.
Nak goreng telur pun takut tak sempat.
Sempat jer rasanya.. tapi aku kena gerak awal dari umah.
Nak hantar Irfan lagi.
Daripada terlambat baik aku gerak awal.

Dah taktau nak bekfes apa kat kedai depan tu.
Berapa tahun dah menu sama je.


Rindu budak 2 orang ni!
Sama-sama bising.
Sama-sama masam.
Sama-sama busuk.

Tak puas cuti 3 hari.
Tak sabarnya nak tunggu hari Khamis!




Catat Ulasan