Jumaat, Mei 18

Nursing poncho


Ini ialah nursing poncho dan modelnya of course bukan saya.
Poncho ni samalah jugak seperti shawl.
Tapi yang bestnya poncho ni ada butang.

Masa pantang hari tu saya beli poncho kaler grey ni.
Nak cover masa DF baby kalo gi jalan-jalan.
Tapi baru je sekali pakai pergi shopping.
Dan orang memang tak tau apa yang saya tengah buat.
Hehehe.

Dan sekarang ni poncho ni sangat berjasa bila saya mengepam di ofis.
Member sebelah duduk bawah meja, saya duduk macam biasa je.
Sebab adanya poncho ni!
Sambil boleh BW lagi.
Boleh cover dari aircond jugak.

Dan member pun terus teringin jugak.
Dan beli jugak.
Hehehe.
Semenjak 2 menjak ni saya suka skodeng accessories untuk breastfeeding.
Nasib baik dapat member yang fully BF jugak.
Kat ofis window shopping sama-sama.
Kalo sesi mengepam (kami panggil jaga kebajikan anak), tutup pintu, tutup blind.
Dan masing-masing concentrate.

Seronok jugak mengepam beramai-ramai ni.
Walaupun kami 2 orang je sebilik, syok jugak.
Hehehe.

Kesimpulannya syoknya breastfeeding.
Alhamdulillah sebab saya terbuka hati untuk bf anak kali ni.
Yang dulu-dulu tu jadikan pengajaran je.
Dah nak masuk 3 tahun pun dah Iman Madihah.
Sori Iman, Ibu sik cekal hati nak bf Iman dolok.


Catat Ulasan