Ahad, Februari 26

Baru 14 hari..

Baru 14 hari berpantang. Hidup dah bosan giler. Sib baiklah bersalin normal, bebas ler jugak nak bergerak ke sana ke sini di rumah sendiri. Teringat dulu masa aku bersalinkan Iman, limited la jugak pergerakan tapi digagahkan jugak turun naik tangga supaya cepat recover.

Baru 14 hari berpantang, mata dah sakit nengok rumah sendiri. Orang lain buat kerja dalam rumah kita tak sama dengan tuan rumah sendiri yang buat kerja. Sabor je lah, sikit hari lagi akan ku kerjakan rumah ku ini seperti sedia kala. Yang sakit matanya bila nengok dapur ku yang comel itu berselerak, tile tak berlap, dapur berminyak, ohoo..not my type! Kalo mak yang kat dapur tu, ok lagi, mak akan lap tile, lap dapur. Tapi kalau adik aku, hadoi, namanya budak belum nak berapa matang, semuanya nak kena cakap, nak kena arah, aku pulak jadi malas nak bossy-bossy. Penat! Kalau makcik aku yang ada kat umah, lagilah aku penat. Tanya itu, tanya ini, taknak usaha onkan dapur gas sendiri. Akakkk jugak yang nak ke dapur. Sekarang aku dah gagah, dulu masa 'kecederaan' masih kritikal ari tu, payah jugak ler aku nak bergerak laju dan pantas ke dapur dan ke ruang tamu. Sekarang ok alhamdulillah, kalo dah tak payah berbengkung, ke The Spring pun aku leh pegi. Haha.

Baru 14 hari berpantang, hidup aku dengan baby Irfan, BB dan tablet je. Aku sampai dah tak tahu nak surfing apa lagi.

Baru 14 hari berpantang, aku tak boleh lah hidup macam ni! Tapi apakan daya, luar-dalam nak kena pakai lama, kenalah berkorban sikit. Ada 2 minggu lebih lagi. Tak lamalah tu.

Motif gambar tu pun aku tak tau you allz. Layankan jer.

Published with Blogger-droid v2.0.3
Catat Ulasan