Selasa, Januari 31

Iman Madihah 27 bulan

Iman Madihah sebenarnya seorang budak yang sangat pandai membawa diri.
Kalau kat tempat public dia memang independent.
Berani jer nak pergi mana-mana kalau tak dipimpin.
Kekadang tu siap main sembunyi-sembunyi, seronok pulak dia tengok kita kejar dia.

Dan tempat kegemaran Iman ialah playground di McD.
Kalau kita tanya idea dia nak ke mana, mesti dia akan jawab,
"Mimin D"
Maksudnya main di McD.
Tapi kalau budak-budak tak ramai, dia nampak macam bosan.
Asyik-asyik pergi makan.

Kalau budak-budak ramai, jangan harap ler dia nak makan.
Kalau budak-budak bising, siap la dia boleh marah-marah budak-budak yang besar daripada dia.

Itulah Iman Madihah.


Dekat umah pun macam tu jugak.
Kalau dekat umah, kalau dia dah bermain sorang-sorang, kekadang dia boleh cakap sorang-sorang.
Kekadang nyanyi depan dressing table.
Panjat atas katil dan tengok diri sendiri dalam cermin sambil nyanyi.

Kalau dia layan tab.
Muka confirm serius gila.
Tengok buku atau majalah pun macam tu jugak.
Sampai bertemu kening.
Gelak jer kalau tengok dia serius macam tu.
Macam Ibu masa pregnantkan dia.
Hahahaha.



Catat Ulasan