Khamis, Januari 26

Hari makan-makan

Sekarang kalau rasa nak makan, cakap jer, Ayah Iman mesti akan bawak carik makanan tu. Sayang Ayah, thank you so much, Yang. 

Kekadang tu takmo jugak makan yang kat kedai, kena la masak sendiri, ikut tekak sendiri, ataupun ada jugak yang nak Mak jugak yang masak. Air tangan Mak jugak yang lalu tekak. Biasalah kan?

Kekadang tu, kalau dah rasa nak makan, kol 10 malam, tang tu jugak la Ayah Iman ajak keluar. Iman pun no hal, dia memang budak yang tido lambat, so senang je kalo keluar malam-malam. Hehehe.

Masa cuti CNY ari tu, last day cuti, malas sangat nak masak. So misi hanya jalan-jalan cari makan. Hmm.. kedai confirm banyak tutup. Tetiba teringat Kopi O Corner, kedai yang memang jarang sekali saya pergi. Ye la kedai tu bukak siang jer, saya pulak siangnya di daerah lain. Hihihi. So, kerjanya mencuba menu yang tak pernah dimakan ler.

Dan menunya ialah, set talapia bakar!


Memang terbaek lah, wa cakap lu. Saya pun memang pencinta ikan. Memang sukaaaaaa sangat! Tak perlu cecah kicap pedas pun takpe sebab ikan tu memang dah dibakar dengan sambal yang pedas.


Makan memang tak hengat dunia. Iman makan nasi goreng USA jer. Dia nak mintak ikan tapi sorry to say, Ibu cakap jer pedas, terus dia geleng-geleng kepala. Iman pun sorang lagi hantu ikan. Sama macam Ibu. Nasi goreng USA biasa jer, tak semeriah dan semenarik di Semenanjung sana tu.

Pastu, Ayah Iman cakap nak order lagi tak? Kami order roti daging + cheese + mayonis, tapi Ayah Iman cakap roti apa ntah, tak hengat. Saya on jer sebab rasa boleh masuk lagi. Hehehe.


Ni haa rotinya, pastu perut cramp sebab over kenyang. Amek kau! Kami bertiga tapi airnya 4 gelas. Hihihi. Memang sekarang perlukan 2 gelas air kalo makan kat luar, tak cukup kalau segelas, Iman pun dah segelas.

Ngegeh tak Iman dengan spec nya? Nak jugak paksa Ayah pakai spec dalam kedai supaya sama dengan Iman. Isk isk isk...


Catat Ulasan