Isnin, Januari 30

Fenomena awan nano

Semua dah sedia maklum Awan Nano nyanyian Hafiz AF menjuarai AJL ke-26 malam tadi. Ada jugak ler dengar sok sek yang tak puas hati dengan kemenangan tersebut. Ye lah, penyanyinya dari Sarawak. Padahal yang menang, lagu Awan Nano tu sendiri, iaitu lagu ciptaan sifu Datuk M. Nasir. Kekadang aku rasa rtis dari Sarawak selalu jer tak dilayan seperti artis dari Semenanjung. Bukan artis jer, even kalau aku sendiri ada tugas rasmi di Semenanjung pun selalu bertanya soalan yang pelik-pelik. Kekadang tu menyentuh sensitiviti betul.

Oklah, takmo emosi. Biarkan mereka dengan labu-labunya, Kalau Sarawak ni bukan salah 1 negeri dalam Malaysia, aku rasa Sarawak boleh kot. Ok, ok, enough. Nanti ada pihak yang sensitif. Jom layan pic Iman Madihah malam tadi. Bukan Ibu nya buat tau, mentang-mentang Awan Nano menang, tapi memang original rambut sama ngan Hafiz Awan Nano. Hahaha. Tak kuasa I nak menggolong rambut anak sekecil Iman macam tu.




Gambar-gambar diambil selepas makan oreo cheese cake malam tadi sempena santapan untuk menonton AJL. Hehehe.

Last but not least, Hafiz AF

Catat Ulasan