Selasa, Januari 31

Baju Awan Nano

Semalam awan nano.
Hari ni cerita awan nano lagi.
Begitulah lumrah, semalam jer berapa kali lagu Awan Nano berkumandang di radio.
Dah menang kan?

Ni pulak baju awan nano.
Dicilok dari Twitter AG.


Agaknya ni masa Hafiz dijemput untuk diinterviu di konti hot.fm semalam.
Tengok rambut tu, memang takleh sembunyi.

Tapi kan, sebenarnya lirik Awan Nano tu ada 'sesuatu'.
Pertama kali dengar memang agak pelik.
Dulu masa belajar Geografi, belajar tentang awan sirus, awan stratus, awan kumulus, kumulonimbus.
Takde pulak belajar tentang awan nano.
Dan bila dibaca balik liriknya, memang... ada sesuatu.
Awan nano tu rupanya 1 kiasan yang menjadi pelindung kepada seseorang.
Tak percaya?

Baca balik lirik Awan Nano ni.

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Kan?
Begitulah kasih Herman Tino, seorang bapak.



Catat Ulasan