Jumaat, Januari 20

36


Ya. Hari ni dah 36 minggu. Alhamdulillah Adek dah ke bawah cuma belum engaged lagi. Hopefully kelahiran kali ni secara normal. Amin.

36 minggu membawa Adek, alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Adek memang tak banyak ragam. Kakak Iman pun still macam dulu memang tak meragam. Alhamdulilah, Adek dan Kakak memang tak banyak menyusahkan Ibu dan Ayah. Semoga begitulah seterusnya nanti. Amin.

36 minggu membawa Adek, alhamdulillah takde morning sickness yang teruk. Setakat tak boleh hidu  bau-bauan tu biasa jer sebulan 2 je. Takde sampai muntah yang teruk. Migrain ke. Gatal-gatal ke. Alhamdulillah, takde. Makan pun ok jer. Alhamdulillah ya Allah.

36 minggu membawa Adek, rutin harian berjalan seperti biasa. Bangun pagi jam 5, buat sarapan untuk bekal, balik kerja jam 6, masak untuk makan malam sesambil baju dibasuh dengan sendirinya dalam machine. Sebelum tidur sidai baju dan kemas umah. Rutin setiap hari. Walaupun agak berat jugak ler membawa Adek, dengan keaktifannya yang melampau pada waktu malam tetapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Semoga begitulah seterusnya selepas ini. Amin.

Maka, kerana semua kemudahan ini, saya percaya setiap anak rezekinya lain-lain. Kerumitannya lain-lain. Semoga begitulah seterusnya, diharap dipermudahkan segala urusannya. Amin.


Catat Ulasan