Isnin, Disember 12

Iman 2 tahun

Iman dan makcik-makciknya
Rasanya ini ialah 1st entri tentang Iman Madihah sejak dia berusia 2 tahun
Hmm... Iman sememangnya peminat tegar Upin Ipin
Tapi sekarang kegilaan Iman telah bertambah kepada Angry Bird
Pagi petang siang malam nak pakai baju 'dame' (Angry Bird)
Pergi mana-mana kalau nampak Angry Bird, seboklah dia "ih, dame"
Mulut dah ngerenyang, makin lebih, kata urang Serawak
Tapi tutur kata belum fluent
Kekadang bila kita tak faham apa yang dia cakap, dia marah
Mulalah jeling orang sana-sini
Kalau kita marah, sebok nak mintak maaf, "ap.. ap"
Kalau tak layan, dia nangis...
Kalau nak something, mesti ada "lisss..." (please) kat belakang
Kalau kita cakap, 'NO', dia akan balas "last..last"
Nak marah pun tak jadi..

Sekarang Iman dah ada kawan kat umah nek atok, iaitu cousin (anak Usu)
Mereka yang stay di Tawau balik Kuching bercuti
Entah kenapa Iman sangat obses dengan Azim (anak Usu yang sulung)
Iman... Imann...

Azim, Nana, Iman & Filzah



Catat Ulasan