Khamis, November 17

Singkol

Singkol
Tau tak apa itu 'singkol'?
Singkol tu dalam bahasa Melayu standardnya ialah JANGGAL
Apa yang nak dijanggalkan?

Hari ni nak dijadikan cerita ialah hari yang paling malas dalam minggu ni
Aku rasa 20% jer aku buat kerja hari ni
Selebihnya aku berFB dan BW
Lama dah tak berBW
Lompat sana, lompat sini
Usha situ, usha sinun
Dan tetiba rasa nak klik jer entri² zaman dulu²
Erk... begitu menggelisnya diriku membaca entri zaman tak matang dulu
Gambar sana, gambar sini, semua nak di'gambar'kan
Tetiba rasa ing ke dir pulak aku wei!
Tapi apa boleh buat, dah tu zaman kejahilan aku
Sekarang takde masanya aku nak buat macam tu lagi
Gi mana² kena bergambar untuk update kat blog
No! No! No! bak kata Iman
Banyak lagi kerja aku nak buat
Tapi yang peliknya dulu aku ada jer masa nak buat semua tu
Sekarang ni jadi takde masa pulak
Kenapa ek?

Adakah kerana beban kerja semakin bertambah?
Adakah kerana sekarang aku sudah punya anak?
Adakah kerana aku sudah ada rumah tangga yang perlu diuruskan?
Adakah kerana ...?
Adakah kerana ...?
Aku sendiri pun taktau kerana apa

Tapi
Syoknya kalau aku boleh menaip lagi dan lagi
Tapi
Aku rasa aku dah malas nak menyusun ayat nak menaip kot
Haa... mungkin otak aku perlu rehat agaknya

Mungkin?

Catat Ulasan