Jumaat, Oktober 21

Shopping dan Aset

Sejak bergelar isteri dan ibu saya jarang sekali keluar shopping dengan kawan-kawan. Kalau ada pun time out station jer. Tu pun kalau ada geng yang 1 kepala. Kekadang bila keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan ofis, saya tak teruja pun nak membeli barang, kalau tengah sengkek tu memang takkan beli lah, tapi bila boleh jer nak membeli tu pun saya fikir 2x. Kalau saya beli dengan kawan-kawan, nanti kalau keluar dengan Encik Suami nak beli apa lagi. Makanya saya tak beli apa-apa.

Bila keluar dengan Encik Suami, susah jugak nak shopping. Kekadang saya kesian kalau dia terpaksa ikut saya ke hulu ke hilir sebab nak survei yang terbaik. Pastu 1 lagi sikap saya, kalau benda tu dah mahal sangat selalunya Encik Suami volunteer nak bayar, saya dah jadi serba-salah pulak. Akibatnya saya tak beli jugak.

Kalau barang Iman, lain lah, kalau barang saya sendiri rasa tak best jer kalau selalu sangat Encik Suami nak bayarkan. 

Sebab tu lah saya prefer shopping sorang-sorang tapi selalunya perkara ni saya  hanya akan buat kalau pergi out station jer. Hehehe. Ke mana lagi? Jalan TAR, Masjid India & JJ Mid V. Oh, I like.

Sejak ada komitmen rumah sendiri, saya hanya akan membeli dengan berhemah.  Yang tak penting dibiarkan. Utamakan yang penting dahulu. 

Hidup berkeluarga di rumah sendiri memang mengajar erti kesabaran. Takpe, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Yang penting kami dah kumpul aset. At least dah ada 2 buah rumah, takpe... rumah tu... 1 pelaburan jangka panjang.

Ya Allah ya Tuhan ku, Kau permudahkan dan murahkanlah rezeki keluarga kami. Hanya kepada Engkau  tempat kami memohon.


Catat Ulasan