Jumaat, Oktober 21

Shopping dan Aset

Sejak bergelar isteri dan ibu saya jarang sekali keluar shopping dengan kawan-kawan. Kalau ada pun time out station jer. Tu pun kalau ada geng yang 1 kepala. Kekadang bila keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan ofis, saya tak teruja pun nak membeli barang, kalau tengah sengkek tu memang takkan beli lah, tapi bila boleh jer nak membeli tu pun saya fikir 2x. Kalau saya beli dengan kawan-kawan, nanti kalau keluar dengan Encik Suami nak beli apa lagi. Makanya saya tak beli apa-apa.

Bila keluar dengan Encik Suami, susah jugak nak shopping. Kekadang saya kesian kalau dia terpaksa ikut saya ke hulu ke hilir sebab nak survei yang terbaik. Pastu 1 lagi sikap saya, kalau benda tu dah mahal sangat selalunya Encik Suami volunteer nak bayar, saya dah jadi serba-salah pulak. Akibatnya saya tak beli jugak.

Kalau barang Iman, lain lah, kalau barang saya sendiri rasa tak best jer kalau selalu sangat Encik Suami nak bayarkan. 

Sebab tu lah saya prefer shopping sorang-sorang tapi selalunya perkara ni saya  hanya akan buat kalau pergi out station jer. Hehehe. Ke mana lagi? Jalan TAR, Masjid India & JJ Mid V. Oh, I like.

Sejak ada komitmen rumah sendiri, saya hanya akan membeli dengan berhemah.  Yang tak penting dibiarkan. Utamakan yang penting dahulu. 

Hidup berkeluarga di rumah sendiri memang mengajar erti kesabaran. Takpe, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Yang penting kami dah kumpul aset. At least dah ada 2 buah rumah, takpe... rumah tu... 1 pelaburan jangka panjang.

Ya Allah ya Tuhan ku, Kau permudahkan dan murahkanlah rezeki keluarga kami. Hanya kepada Engkau  tempat kami memohon.


Khamis, Oktober 20

Kenapa kurang update?

Bukannya tak nak update tapi sebenarnya tak tau nak update pasal apa. Entahlah kenapa dulu dan sekarang dah rasa lain tapi padahal sama jer. Dulu boleh jer nak update semua benda, sekarang? Memang lain. Sebab certain benda memang taknak cerita kat blog. Kenapa yek? Kenapa tak boleh macam ibu-ibu lain update macam-macam kat blog, setiap hari? Hmm... agaknya kena buat kajian la kot. Hik hik. Perasan nak buat kajian. Tak lama lagi musim b to the z dah nak tiba. Kita tengoklah nanti, mungkin masa busy tu tangan ni rajin nak mengetik keyboard dek kerana stress ke. Wait & see k...



Isnin, Oktober 17

Kelebihan doa Nabi Yunus

“Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s  Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan ( emergency ) tetapi individu tersebut perlulah seorang mukminin, sama-sama kita ikuti kisah Nabi Yunus a.s semoga kita beroleh keredhaan Allah swt sampai hari pembalasan.


Nama sebenar Nabi Yunus a.s adalah Yunus bin Mata atau Zun Nun. Baginda adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya. Baginda menasihati mereka dan membimbing mereka ke jalan kebenaran dan kebaikan; baginda mengingatkan mereka akan kedahsyatan hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan menjanjikan mereka dengan syurga; baginda memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka hanya menyembah kepada Allah SWT.

Nabi Yunus a.s. senantiasa menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka. Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana baginda merasakan keputusannya dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah kepada kaumnya kerana mereka tidak beriman. Kemudian baginda  keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka. Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya :

“ Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim." (Surah al-Anbiya’ ayat 87)

Tidak ada seorang pun yang mengetahui  perasaan dalam diri Nabi Yunus a.s. selain Allah SWT. Nabi Yunus a.s. cukup marah kepada kaumnya kerana keengganan mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam keadaan demikian, baginda meninggalkan kaumnya.

Baginda pergi ke tepi laut dan menaiki kapal yang dapat memindahkannya ke tempat yang lain. Allah SWT belum mengeluarkan keputusan-Nya untuk menyuruh baginda meninggalkan kaumnya .Nabi Yunus a.s.  mengira bahawa Allah SWT tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana dia meninggalkan kaumnya itu. Saat itu Nabi Yunus a.s. seakan-akan lupa bahawa seorang nabi diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah SWT. taufik dan hidayah itu adalah hak Allah SWT untuk diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Jadi, tugasnya hanya berdakwah di jalan Allah SWT dan menyerahkan sepenuhnya masalah berjaya atau tidak kepada Allah SWT semata-mata.

Diringkaskan cerita setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus a.s. termasuk penumpang kapal yang akan di campakkan kelaut disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergeloran untuk mengelakkan kapal karam.


Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam entah ke mana...

Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan, 2. kegelapan di dasar lautan, dan 3. kegelapan malam.

Nabi Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda mencoba menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan.

Nabi Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Baginda mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan:
" Laailahailaanta subhanainni kuntum minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Ketika terpenjara di perut ikan, baginda tetap bertasbih kepada Allah SWT. Ikan itu sendiri  berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar lautan. Sementara itu, Nabi Yunus a.s masih bertasbih kepada Allah SWT. Baginda tidak henti-hentinya bertasbih dan menangis. Baginda tidak makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Baginda berpuasa dan berbuka dengan tasbih.

Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT. Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan-hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir semuanya bertasbih kepada Allah SWT dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta bersama mereka bertasbih kepada Allah SWT. Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seorang Nabi.



Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus a.s. Allah SWT mendengar tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah SWT menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus a.s. ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.

Ikan itu pun mentaati perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus a.s. merasakan kepanasan di perut ikan. Baginda sedang  sakit tenat, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah SWT menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari. Dan Allah SWT menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Yunus beriar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerena itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (Surah as-Saffat ayat 139-148)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)

Kita sekarang ingin membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan sesuatu yang menurut Allah SWT itu adalah satu kelemahan yang perlu hukuman sebagai pengajaran bukan kerana Allah SWT murka.

Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah SWT dan ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas baginda hanya sekadar menyampaikan agama. Keluarnya baginda dari kampung halaman kaumnya dalam keadaan mereka kufur adalah dilarang melainkan mendapat wahyu daripada Allah SWT seperti Nabi Luth a.s. di arahkan keluar daripada kampung halamannya kerana Allah SWT ingin membinasakannya.

Allah SWT memberikan suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah SWT mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan baginda tidak perlu bimbang jika mereka tidak beriman dan tidak patut marah kepada mereka kerana petunjuk dan hidayah adalah hak mutlak Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya : “Dan mengapa tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu.”
(Surah  Yunus ayat 98)

Marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Yunus a.s. ini bahawa setiap orang mukmin yang menjadi pendakwah perlulah bekerja menyampaikan mesej Islam kepada manusia dengan cara yang hikmah. Jika mereka tidak mahu mengikutnya kita jangan marah kepada mereka kerana terima atau tidak mereka kepada Islam itu adalah urusan mereka dengan Allah SWT. Tugas kita hanya menyampaikan saja. Taufik dan hidayah itu adalah hak mutlak Allah SWT, dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia kehendaki. Kita boleh berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT membuka pintu hati-hati mereka untuk beriman kepada-Nya.

Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.




Ahad, Oktober 16

Restless Sunday

Syoknya weekend. Walaupun Ayah ada course 2 hari tapi dapat spend masa dengan puteri kesayangan di umah sambil mengemas apa-apa yang patut. Kalau setiap hari macam ni pun asikkkkk...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Rahsia Surah Al - Kauthsar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Kredit: Ceciter Ilmu 

Sabtu, Oktober 15

Memasang signature di blog

Saya ni bukannya jenis orang yang rajin nak buat tutorial kat blog tapi memandangkan ex-schoolmate masa sekolah rendah dulu, dia tanya camne nak masukkan signature di blog, makanya saya pun merajinkan diri untuk share kat Mama Aufa.

Coba kitak ekot step tok lok, mun kitak dah ada imej untuk signature kitak, kita terus gi ke step copy-paste kat akaun blogger ya, kitak sik tauk nak paste HTML kat sine ajak nak?

Bawah ni memang step-by-step bagi Beginner. Selamat mencuba ye!
  • Di bahagian Home, korang boleh pilih sama ada nak PROCEED terus tanpa register, ataupun nak REGISTER, bagi yang pergister, klik jer LOGIN.
  • Recommended >> klik PROCEED sebab nak pakai sekali ni jer pun, takkan nak tukar berkali² signature kan?
  • Kemudian, ikut jer step yang ada kat situ.
  • Mula-mula sekali korang kena la masukkan nama kora, kata nak buat tandatangan kan.
  • Kemudian pilihlah font yang korang rasa lawa dan memikat hati korang.
  • Lepas tu, pilih saiz, korang nak besar ke, kecik ke, ada banyak saiz korang boleh pilih.
  • Lepas klik Next tu, sekarang tibalah masa untuk korang pilih color untuk font signature tu. Background tu korang bagi die transparent, kemas sikit.
  • Dan last but not least, signature dah nak siap, korang kena pilih dulu slope signature korang, nak condong banyak ke, sikit ke, terpulanglah yek.
  • Bila nak publish ke blog, korang boleh publish terus ke blog dengan klik simbol Blogger tu. Tapi saya ada 1 lagi option, di mana korang boleh download dan save signature yang korang dah buat tu dengan klik di Want to download this signature?
  • Ok, bila korang dah klik link tu, korang akan jumpa 2 option lagi sama ada nak save signature tersebut atau nak pakai URL yang diberi. Korang copy jer URL signature korang tu. Select yang ada HTTP tu saje then copy (Ctrl-C). Contoh yer, select bendalah ni jer, http://signatures.mylivesignature.com/54489/321/66C19393F7D2FD9E3761D884166BF110.png
  • Pastu nak paste kat mana? Korang bukak jer 1 lagi tab dan paste jer kat address bar tu dan Go. Korang akan boleh view signature korang.
  • Ok, seterusnya korang log in akaun blogger korang. Then pergi ke Dashboard >> Setting >> Formatting  >> Post Template.
  • Di ruangan Post Template tu korang paste ni yer: 
<a href="http://www.mylivesignature.com" target="_blank"><img src="http://urlsignature korangyang korangpastetadi.png" border="0" style="border: 0 !important; background: transparent;" /></a>
  • Jangan lupa untuk copy-paste balik URL signature anda di new tab tadi di tempat yang berwarna merah tu.
  • Last sekali Save Setting dan cuba view entri terkini anda.

So Mama Aufa, camne tek? dapat sik?


Jumaat, Oktober 14

Teori Nenen Berbelah

Memperkenalkan.... tok aji Iman!!
Hahaha..
Anak dara saya, sampai jer kat umah nenek, terus tak layan saya
Sibuk main kereta pakciknya
Pastu ajak Atok main tolak-tolak kereta
Pastu masuk dalam bilik, keluar dari bilik
Dah berkopiah pulak.... ambik kopiah bapak
Sengeh-sengeh sambung main kereta lagi
Iman ni...
Boy ke girl?
Isk isk...

Lepas snap pic Iman terus upload ke FB
Ada la kaum-kerabat sedara mara bagi tips
Sila check 'nenen', kalo berbelah, means adiknya nanti akan berlawanan jantina
Hmm...

Teruslah saya dan adik panggil Iman untuk tengok nenen Iman
Hahahaha..

Mungkinkah baby boy?
Takpe, petang ni pergi scan

Untuk kesahihah teori nenen berbelah tu, kena tunggu bulan 2 tahun depan lah yer


Khamis, Oktober 13

Quote for today. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati.



Isnin, Oktober 10

Prediction!

Alhamdulillah... dah masuk 21 minggu. Dah boleh scan gender tapi tak pergi lagi scan. Pagi tadi scan kat klinik ibu dan anak, alhamdulilah, semua ok. Plasenta pun ok. Lupa plak nak tanya kedudukan baby sebab last month masih breech lagi. Kalau scan kat klinik kerajaan takut nak tanya gender. Insya Allah pasni pergi. Hihi. Nak tau jugak.

Disebabkan belom scan, kita main teka-teka jer lah. Berdasarkan kalendar Cina, mungkin akan dapat baby girl. Memang instict pun baby girl jugak. Takpe, rezeki. Yang penting baby sihat dan sempurna. Amin.



Sama la jugak dengan prediction kat sini



Ahad, Oktober 2

Seandainya aku masih single?

Layan FB tengah malam guna lappy, memang sesuatu yang jarang dilakukan. Malam ni layan Iman online tengok Upin Ipin atas katil jer sebab dah berapa malam dah tak tido kat bilik. Tambah pulak Iman demam, so awal ler dia tido. Aku? Bolehlah berlayar sesuka hati tanpa ada Upin Ipin.

Masa stalking di FB, macam-macam status yang aku baca. Ada yang syiok sendiri, ada yang sirius, ada yang 'ingga'. Tapi, bila tiba di status member-member yang 1 batch aku tapi masih solo, tetiba aku pulak terfikir. Apa agaknya yang aku buat sekarang kalau aku masih single dan tak kawin lagi. Macam manalah agaknya status aku kat FB nun? Hmm...

Camne ek life aku kalau aku bukan Ibu Iman? Copp.. bukan aku tak menghargai apa yang aku ada sekarang, tapi aku cuma TERFIKIR.

'Adek' sekarang dah agak aktif. Aku suka bila perut aku ada macam 'sesuatu' bergerak-gerak. Bestnya!