Selasa, September 6

Kita hanya merancang

Di pagi 8 Syawal ni barulah ada masa nak update 'sesuatu' kat sini
Tu pun sebab hari ni saya dah masuk kerja
Kalau tak, berkulat la jawab nya blog ni
Apapun, selamat menyambut Aidil Fitri dan selamat berpuasa 6 ye!

Sedih dan terkilan
Bila dapat tau saudara yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ni
Terpaksa menangguhkan majlisnya
Gara-gara pihak lelaki buat hal
Bayangkan semua persiapan dah siap
Tiba-tiba pihak lelaki bagitau nak menangguhkan perkahwinan mereka
Tangguh pada tahun 2013 pulak tu
Tak masuk akal langsung!
Macam-macam boleh jadi dalam masa 2 tahun tu
Entah apa-apalah lelaki macam
Entah spesis apa
Geram!

Bayangkan...
Kad dah siap... cuma belum diedarkan
Hantaran dah siap
Baju kawen dah siap
Bilik pengantin dah siap
Dewan dah tempah

Semuanya 'burn'!
Macam s**l jer lelaki macam tu

Tapi
Kita hanya merancang
Allah jua yang menentukan

What you give, you get back
Trust me!


Catat Ulasan