Khamis, Ogos 4

Telur Dadar


Sesungguhnya semua orang kenal dengan menu yang paling terkenal seperti gambar di atas kan?
Kan? Telur dadar.
Atau kalau di rumah kami, kami panggil 'telur pok'.
Kenapa dipanggil 'telur pok'?
Sebab cara nak buatnya, kita perlu 'pok pok' kan telur tersebut.
Hehehehe.

Telur sememangnya macam buah kelapa.
Macam-macam menu yang kita boleh buat dengan telur.
Contohnya untuk menu telur dadar jer, macam-macam kita boleh modified lagi.

Contohnya, kalau saya, ada bermacam-macam cara yang saya campur dalam telur dadar.
Di antaranya:

  1. Telur dadar + bawang besar (bawang bakong) dihiris ikut suka + garam
  2. Telur dadar + bawang merah + cili dihiris ikut suka + garam
  3. Telur dadar + sosej dihiris nipis + garam
  4. Telur dadar + kacang panjang dihiris nipis + garam
  5. Telur dadar + daun saderi + daun sup dihiris nipis + garam
  6. Telur dadar + udang kering ditumbuk lumat + garam
  7. Telur dadar + mayonis + garam
  8. Telur dadar + kicap (tak perlu garam)
Setakat tu sajalah modification untuk telur dadar yang pernah saya buat. Kalau dah malas sangat, telur dadar letak garam pun dah sodap.

Anda-anda pulak macam mana? Ada idea lain tak nak tambah dalam menu telur dadar saya ni?


Catat Ulasan