Khamis, Ogos 4

Penangan Mentega Golden Churn


Baru-baru ni disahkan yang mentega Golden Churn yang selalu digunakan oleh wanita-wanita di Sarawak untuk membuat kek lapis mengandungi DNA babi. Argh! Dah bertahun-tahun pun, dah sebati pun dalam diri ni kenapalah baru sekarang nak buat research. Patutlah hidup ni tak berkat. Tapi nak buat macam mana, dulu-dulu memang tak tau, bukannya disengajakan pun.

Tak lama lagi dah nak raya. Dilemma sungguh sekarang ni tau. Kena hati-hati pilih butter nak buat kek dan biskut. Pastu  risau jugak bila berziarah di umah orang, ye lah in case orang tu memang malas nak alert, sengaja memekakkan telinga, hentam beli or pakai jer kek lapis yang dibuat dengan mentega Golden Churn, risau jugak ni. Ye lah sekarang kita dah tau benda tu haram, kalau makan jugak, memang sah lah kita berdosa. Nampak gayanya kena tanya dulu dekat tuan umah, guna butter apa untuk buat kek. Satu lagi, kalau diorang tak samak acuan, mixer, dll, tapi guna butter lain, masih jugak berdosa kan? Macam mana ek? Takkan nak makan nak kena interview tuan umah dulu. Adehhh...


Catat Ulasan