Khamis, Julai 14

Pentingnya ilmu protokol

Minggu ni saya belajar protokol di kursus protokol dan etiket sosial anjuran INTAN.
Sepatutnya semua penjawat awam wajib menghadiri kursus ini.
Sebagusnya masa induksi lagi, masukkan dalam modul tu.
Ye lah, dah namanya kerja kerajaan memang haruslah selalu buat function dengan VVIP dan VIP.
Dan buatlah simulasi masa malam terakhir.
Takdelah buat dinner cikai-cikai.
Makan, persembahan, bergambar.
At least kalau simulasi, ada jugak ilmu dan boleh praktikkan.

Kesimpulannya.
Saya suka, banyak yang saya dah tau, daripada tak tahu.
Kalau dulunya banyak buat berdasarkan pengalaman.
Tapi dengan adanya ilmu macam ni, tahap kompiden semakin bertambah.

Sesiapa yang ada kemusykilan mengenai protokol rasmi kerajaan Malaysia.
Bolehlah ke blog Tuan Hj Azhar Omar, iaitu penceramah dari INTAN.
Beliau sangat berpengalaman dalam mengendalikan protokol kerajaan.
Pernah jaga protokol kerajaan negeri Sarawak.
Dan juga bekas pegawai protokol kerajaan Pulau Pinang.
Kalau nak tambah ilmu, silalah ye ke Protokol Malaysia

Hari ni baru saya tau.
Bila pakai blazer waktu siang, koceknya mestilah terkeluar.
Waktu malam, koceknya masuk ke dalam.

Dan saya akui, pada tahun 2011, saya semakin matang.
Kalau dulu masa kursus sibuk sangat nak bergambar.
Sekarang?
Insaf.
Masa simulasi makan malam rasmi pun tak kisah tak bergambar pun.
Tunggu member-member lain tag dalam FB jer lah.

Pstt: sebab tu lah entri ni tidak bergambar.


Catat Ulasan