Selasa, Julai 5

Jajan

Kenapa dalam hidup kita ni mesti ada jajan?
Siapa yang tak tau jajan?
Junkfood atau makanan ringan daa...
Hmm...
Saya nak haramkan Iman Madihah daripada makan jajan
Tapi bagaimana dengan orang-orang di sekelilingnya?
Ada yang tak faham, ada yang faham
Kalau keluarga terdekat, boleh lah saya bagitau, Iman tak boleh makan jajan
Mereka mungkin faham... dan ok
Tapi kalau orang lain yang tak berapa nak rapat?
Takkan saya nak larang mereka daripada bagi anak saya makan jajan
Dilemma sungguh ai..
Mesti mereka akan fikir saya ni mengada-ngada
Anak tak boleh itu, tak boleh ini
Tapi makan jajan tak baik untuk perkembangan otak budak-budak
Sebab tu saya nak elakkan Iman Madihah daripada makan jajan
Seorang teman pernah bercerita..
Ada seorang ustaz, anak-anaknya sangat bijak dan mudah dibentuk
Bila ditanya rahsia, cuma 1 je dia jawab
No fastfood, no junkfood... haram semua
Teringinnya nak dapat anak yang senang dibentuk macam tu
Dan sebab tu lah saya berharap sangat orang-orang di sekeliling saya faham
Mohon jangan bagi anak saya keropok, jeruk, gula-gula dan mee segera
Yang KFC dan sewaktu dengannya tu..
Memang tak dapat dielakkan tapi masih boleh dikawal


Ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya....


Catat Ulasan