Isnin, Jun 13

Tasik Masja meninggalkan titik hitam

Sumber daripada Google
DaripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali.
Salam takziah kepada cousin di atas pemergian suami tersayang pada malam tadi.
Arwah mati lemas ketika hendak mengambil motorbot kontrol di tasik Masja petang semalam.
Mungkin motorbot kontrol tu cuma penyebab, Allah telah pun mengatur semuanya.
Begitu besarnya kuasa Tuhan, sekelip mata semuanya berubah.
Semalam masih bermanja dan bermesra, hari ni semuanya telah tiada.

Pada mulanya, mak call memberitahu husband kak Hani, bang Bus hilang ketika main motorbot di Masja.
Rasa tak percaya pun ada jugak, mungkin dia pergi ke tempat lain kot, lupa nak bagitau.
Tapi, bersiap²lah jugak nak hantar Iman ke Sukmaville dan join sekali cousin lain yang dah berkumpul di Masja.
Belum gerak dari umah, adik antar sms lagi, bagitau mayat dah dijumpai.
Speechless sekejap.
Ayah Iman pun macam tu.

Dan.
Malam tadi kami terus ke umah Yan, bila tengok jer wajah-wajah comel anak² arwah, Ya Allah, sedihnya.
Bila tengok cousin, lagilah, kesedihan tak dapat dibendung² lagi.
Baru 35 tahun sudah kehilangan tempat berpaut, mujurlah ada keluarga yang sentiasa memberi sokongan.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang² yang beriman. Amin.
Dan Kak Hani.. semoga terus tabah dan sabar demi Damyia & Darius.

Anak² arwah, Damyia(berspec hitam) & Darius(baby) di majlis persandingan Mak Ngah Iman pada minggu lepas.


Catat Ulasan