Isnin, Mei 23

Terima kasih, Encik Pengalaman!

Terpaku seketika di depan pc, di lab bahasa. Tak tau nak mula dari mana. Student exam amali so agak sebok sedikit minggu ni. Tapi mungkin boleh la mengupdate blog yang diabaikan ni kot masa jaga exam tuh.

Hmmm...

Terkenang balik semasa mula² masuk mengajar di sini, student tak ramai, staff pun tak ramai. Kami semua bagaikan 1 famili. Balik kerja pun awal, 4.15 petang, tempat kerja pun dekat, kol 7.30 pagi daripada rumah pun sempat lagi punch. Tapi, itu dulu.

Sekarang semuanya dah berubah, tak sama. Tempat kerja dah jauh. Student semakin ramai, daripada 1 kelas untuk 1 semester, sekarang dah ada 2. Staff pun makin ramai. Bila makin bertambah, ragam pun pelbagai. Aargh.. tak tau nak mula macam mana.

Secara logikanya, apabila staff semakin ramai, kerja juga semakin mudah dan berkurang. Tapi rasanya beban kerja tetap sama, malah makin berat pula rasanya. Kenapa ye? Adakah kerana seniority itu bertambah bermaksud beban kerja juga semakin bertambah? Tapi? Gaji tetap sama juga. Memang tangga gaji juga bertambah, tapi apalah sangat naik 10 ringgit, 20 ringgit kan?

Hmmm...

Macam tak ikhlas pula bekerja bila mengeluh² macam ni. Tapi... tak apalah. Gaji mungkin sama, tapi pengalaman tu tak sama. Melihat dan merasai sendiri sesuatu yang berlaku tu tak sama. Sama seperti tengok orang makan dan kita makan sendiri. Kalau tengok jer, mungkin kita rasa macam sedap jer makanan tu sebab orang yang makan tu pandai mengekspresikan bahasa tubuhnya. Tapi, kalau kita sendiri yang makan, barulah kita tau makanan tu sememangnya sedap dan kita sendiri merasa kekenyangannya kerana makan makanan yang sedap.

Get what I mean? Ah, kalau tak faham, tak apalah. Biar saya sendiri jer yang faham. Kesimpulannya, pengalaman tu sesuatu yang kita tak boleh nak beli dengan wang ringgit. Pengalaman takde dijual di pasaraya mahupun dijual secara online. Pengalaman itu menjadi sangat bernilai dan berharga apabila kita melalui dan merasainya sendiri. Pengalaman itu akan mematangkan dan mendewasakan kita. Pengalaman itu sesungguhnya sesuatu yang sangat berjasa kepada kita dalam menghadapi liku-liku kehidupan ni.

Terima kasih, Encik Pengalaman!



Catat Ulasan