Sabtu, Mei 28

Kisah si rambut midin

Saya selalu merindukan budak kecik ini.
Budak berambut sayur midin.

Kredit: Flickr
Atau lebih tepatnya, paku midin sebenarnya, yang bergulung berpintal².


Dulu masa kecik senang jer dia dihias.
Dipasang hairband, ok jer dari pagi ke malam.
Sekarang? Dah lawan tokey, ok.
Kat umah langsung takmo nak ikat rambut.
Dah la rambut mengerbang.


Kalau nak berjalan, atau nak main dengan kawan² kat luar tu, nak pulak cantek².
Kalau mood ok boleh ikat 2, kalau tak,single ponytail je la.


Aktiviti sekarang pulak suka nak mengajuk orang dewasa.
Apa yang kita buat, itu la yang dia ikut.
Dok umah nek wa, tugasnya menyapu rumah, melipat kain.
Tapi.. lebih ke main je lah.
Di rumah sendiri tak berpeluang buat semua tu kan?
Nek wa yang bekas guru tadika pulak, punya cara lain untuk mengasuhnya.
Buku pun buku budak 5-6 tahun yang nek wa guna-pakai untuk dia belajar main².


Alhamdulillah, dia suka semua jenis bahan bacaan.
Buku teks usu, buku nursery rhymes, katalog tupperware, majalah PaMa, Mastika, buku wirid solat, Dara.
Semua dia ambik, renung dan belek².
Jumpa pen, terus conteng.


Terserlah kan rambut yang tersesat tanpa hala tuju, tidak tentu arah.
Golong sana, golong sini dan semakin panjang.
Ikat pun sebenarnya macam tak ikat jugak.
Rambut midin, kata nenek.


Catat Ulasan