Isnin, Mei 23

Iman Madihah dulu-dulu


See? Iman tahun lepas, ni gambar masa nak pergi CNY umah bos. Gelap, bulat, boyish. Serius tu memang trademark die lah. Tengok cara dia getapkan bibir tu, sampai berlekuk-lekuk dagu. Oh, rindunya Iman dulu-dulu. Iman sekarang dah makin lasak. Sebelum tidor dia yang arahkan kita untuk bacakan buku untuk dia. Kena baring sebelah dia. Kalau tak layan, mulalah dia membebel.

Tengok tang rambut pulak. Dulu rambut ala-ala baby boy. Sekarang dah panjang tapi kerinting. Nenek cakap rambut 'midin'. Kalau Sarawakian tu tau lah macam mana rupa sayur midin. Hehehe. Sekarang, Iman tengah obses dengan Marimar. Sikit-sikit nak tengok video Marimar. Kalau tengok gambar dia sendiri, 'Mar', 'Mar'. Eh, perasan pulak dia nak jadi Marimar. 

Rindunya kat Iman Madihah.



post signature
Catat Ulasan