Rabu, Mei 25

Entri sentap pasal realiti dan dunia FB

Mungkin ada yang sentap dengan entri aku kali ni. Harap dimaafkan ye.

Facebook atau FB, besar kecil tua muda, semuanya tau FB. FB dah jadi macam 1 kemestian kepada pengguna-pengguna komputer, laptop, smart phone dan handphone pada zaman sekarang. Tapi ada juga yang tidak mempunyai akaun FB disebabkan kekangan masing-masing. Tak semualah ada kan?

Aku, aku ni memang agak 'bising' sedikit di ofis. Aku nak berubah jadi pendiam sikit, tak boleh. Dah cuba tapi failed. Dalam morning prayer aku mesti bercakap, tak suka pun, aku kena juga bercakap kalau ada yang perlu dimaklumkan, dalam meeting pun aku terpaksa bercakap, untuk melaporkan aktiviti dan info dari Unit aku, sebab tu lah aku cakap tak suka pun, aku terpaksa juga bercakap.  Rasanya dulu aku bukan orang yang suka bercakap di khalayak ramai. Tapi tiba-tiba sekarang aku jadi extrovert.

Bagi orang yang banyak cakap macam aku ni, mungkin orang tak hairan status FB aku. Tambah-tambah lagi bila dah pakai BB, haruslah status diupdate selalu. Kalau tak, rugi jer bayar bil. Tak kurang jugak, kalau tak puas hati kat ofis ke student ke, FB lah menjadi mangsa luahan perasaan. Bagi aku, aku tak kesah, nyah tak kesah pun nak update benda-benda macam ni, janji cerita dalam kelambu tu tak update. Haram tu war-warkan kepada semua orang. Eii, tak malu ke? Aku pelik jugak sebab ada manusia yang suka buka pekung di dada sendiri. Kesian pun ada.

Ni nak cerita pasal status di FB. Dulu, ada la ex-student aku ni, memang pasif lah dalam kelas. Tak bercakap, antisosial, slow learner dan kura-kura lah dalam kelas. Tapi bila habis jer Sijil, tiba-tiba status FB nya jadi meriah. Tak sediam atau sepasif orang nya. Semua gambar aktiviti kolej, gambar personal staf, semua dia nak komen, sampai lah aku geram sangat aku sound dia. 'Dulu masa kat kolej, kolej buat aktiviti taknak join, bila dah abis baru kecoh-kecoh nak join lah, apa lah.' Lecturer lain pun sama, sound direct kat dia. Terus diam. Adeh, terasa kejamnya diri ku. Suka nak down-downkan budak. Tapi betullah, aku ingga bah, kata orang Sarawak. Ingga. Tauk sik ingga?

Sekarang, ada sorang staff baru kami, pensyarah, tapi agak pendiam lah. Nak suruh bercakap punyalah susah. Senyum jer memanjang. Kadang-kadang masa meeting rasa macam nak jer aku tolong bukakkan mulut dia agar bercakap. Haha. Giler jahat aku ni kan? Rimas aku dengan slow-speaker macam ni. Tapi kan, yang anehnya, dia rajin benar update status FB, macam-macam pulak tu. Macam tak kena plak dengan personaliti dia di alam realiti ni. Pelik aku. Macam split identity.

Oops, adakah aku ni dalam kategori mengumpat? Er, poret jer. Hahaha. Tapi itulah kenyataan, kadang-kadang alam maya ni membuatkan kita keliru seketika. Sebab tu lah wujudnya split identity dalam diri seseorang tu.

Aku sendiri pun dah komfius ni, betul ke aku ni banyak cakap? Mungkin ke aku ni sombong? Hmm.... Hanya batu mengenal manikam. Biarlah aku jadi diri aku sendiri.


Catat Ulasan