Khamis, Mei 26

Apabila apai indai berFB?

Cerita pasal FB lagi. Sila jangan boring ok.

Tersenyum sendiri bila  view FB jiran-jiran. 1 famili ada FB, dari apai, indai, dan seterusnya anak-anak, itu semestinyalah. Baru semalam kan aku cakap, hampir semua orang mesti ada punye akaun FB. Mak aku pun ada FB. Serius, tak tipu. Tapi sebenarnya dia tak update pun. Selalu sape yang update? Adik aku lah. Mak aku nak ada akaun FB sebab nak tengok gambar & baca status orang-orang tertentu kat ofis dia jer. Huhu. Mak poret, anak poret. Bagus kan?

Baru jap tadi view FB jiran aku. Terus aku terfikir, siapa yang mainkan  untuk dia ek? Dia main sendiri ke, atau anak-anak die? Hihihi. Ye la, berdasarkan pengalaman bondaku yang tercinta, manadanye die nak update status sendiri. Tu yang aku boleh terfikir tiba-tiba, terus tersenyum-senyum tu. Heheheh.



Catat Ulasan