Jumaat, April 8

Menu dinner paling simple, paling sedap

Tetiba malam tadik rasa nak makan sweet corn soup
Kebetulan nang dah ada jagung Ligo di umah
Apalagik, masak jak lah k sirup²
Sik sampei 20 minit dah masak dah sup jagung manis tok
Yummeh!

Sweetcorn Soup
Nang simple lah menu tok
Sik pernah juak rasa masak seexpress malam tadik
Bahan² yang diperlukan pun sik banyak
Seperti:
  • Jagung Ligo 4 sudu + airnya sikit
  • 1 biji telur
  • 1/2 biji bawang bakong
  • Secubit rempah sup bunjut
  • 2 cubit pati ayam Tumix
  • Garam secukup rasa
  • Minyak
Then, masak nya seperti masak sup biasa.
  • Panaskan minyak
  • Tumis bawang bakong sampei wangi
  • Bila dah wangi masukkan air, tunggu mendidih
  • Pukul telur, besarkan api, masukkan telur, biar sekejap
  • Bila telur dah masak, baruklah dikacau²
  • Masok jagung &  air jagung sikit
  • Masuk garam, rempah sup bunjut & Tumix
  • Tunggu mendidih sikit, baru angkat
  • Siap!
Aku sik campur cabik or lada pun sebab Iman nak mam juak
Mun ada sederi, perghh... mesti agik nyums
Tapi tok pun dah cukup menyelerakan koh
Bagi ku dikpun lah... hehe

Then ada 1 gik menu paling simple di dunia
Bahannya sama, sik banyak
  • Baby sawi
  • Daging cincang
  • Bawang bakong
  • Sos tiram
  • Secubit garam
  • Minyak
Cara masak pun rilek² ajer
  • Didihkan air lam kuali, engkah secubit garam ngan minyak sikit
  • Bila dah mendidih, celurkan baby sawi yang dah dibasuh
  • Pasya angkat, susun atas pinggan, macam tok

Lepas ya baruk kita masak daging cincang
Anggaran setengah bungkus atau sebungkus
Sebab miak suka makan daging cincang tok
Menu tok pun sik engkah cabik, sebab Iman mok mam juak
  • Panaskan minyak
  • Tumis bawang bakong sampei wangi
  • Masokkan daging cincang yang dah dibasuh
  • Masukkan sos tiram dalam 3 sudu besar gia
  • Masuk secubit garam pakei rasa, boh banyak gilak sebab sos tiram Maggi dah masin
  • Mun daging dah masak benar, tutup api
  • Tuang daging cincang yang dah masak ya atas sayur yang dah dicelur tadi
  • Bah, makan gik
Baby sawi with minced beef
So senang & so simple nak?
Mun malas nak blend cabik bawang, boleh lah coba menu express tok


Ibu Iman:menu urang malas masak bah... ahaks


Catat Ulasan