Rabu, April 20

Dibayar untuk membuat blog?

Hari tu semasa admitted, kan orang tengah sibuk berkempen untuk PRN
Masa awal-awal pagi, time tu tengah nak check akaun blogger
Pastu segerombolan doktor (MO & HO) datang ke katil saya
Terpaksa la notebook diketepikan sebentar di bahagian kaki
Sementara MO mula menginterviu saya
Sebelum menanyakan condition kesihatan saya pagi tu
Soalan lain pula yang ditanya

MO 1: You kerja apa?
Ibu Iman: Lecturer
MO 1: Lecturer apa? Sains kah?
Ibu Iman: IT
MO 1: Oh, no wonder you ada blog
MO 2: Orang bayar you buat blog kah?
MO 1: No lah, see.. she has she own blog...
(Sambil MO1 menunjukkan akaun blogger saya kepada rakannya, MO2)
Ibu Iman: *senyum jer lah*

Adakah patut MO tu cakap saya dibayar untuk buat blog?
Muka saya ni macam muka pengkritik politik ke?
Mesti sebab ada isu orang dibayar untuk buat blog penyokong BN di Kuching
Hmm... mesti MO tu orang DAP...oops

Baru jap tadi tengok 1 video ni: Menilai kualiti wakil rakyat
Memang dah agak dah calon ni akan menang
Ingatkan power lah sangat
Rupanya...
Pas tengok nilailah sendiri

Eh, ada lagi.. sebelum MO check heart beat

MO 1: Jangan komen pasal doktor di sini dalam blog haa..
Ibu Iman: Hahaha... no lah


Ibu Iman: mun dah pendiam, sik pandei nak berkelakar, camne nak jadi YB???



Catat Ulasan