Khamis, April 14

Day 2 - Gynae Ward

Hari ke-2 dah di GH
Memang takde treatment apa pun lagi
Cuma under observation jer
Dan takde sakit perut & heavy bleeding lagi dah
Tak macam before admit dulu (Selasa)
Petang ni (within 48jam) ambik darah lagi untuk hantar lab
Result sampel hari Selasa tu akan tau hari ni
Memang wishing for the best
Harap-harap betaHCG tak tinggi
Dan sampel hari ni juga semakin kurang
Hopefully...insya Allah
Kalau makin kurang tak perlu lah nak major operation
Tak perlu lah buang itu tiub fallopio
Kesian sama saya kalau buang maaaa...
Tinggal 1 saja lagi kilang telur

So far dok sini best la jugak walaupun boring
Sebilik ada 6 bed, 2 bed kosong
Kami 4-4 orang ni sihat-sihat belaka
2 (termasuk saya) cuma diobserve
2 lagi tunggu nak masuk OT
Kalau boring, kami lepak-lepak di koridor
Terisi jugak la masa lapang

Malam-malam Iman datang
Iman pun suka main kat sini
Trainee nurse pun suka layan dia
Biasalah Iman, friendly, mula-mula sombong
Pastu semua nurse yang lalu, dia bye-bye
Alamak, rindu Iman Madihah ler pulak...

Ok, doktor dah datang
Bye!


Catat Ulasan