Khamis, Mac 24

Makanan Antioksidan yang Terbaik dan Rahsia Anti-Penuaan

Penuaan adalah proses semulajadi yang dapat memberi kesan besar pada kesihatan dan kecantikan. Mendedahkan kulit secara berlebihan pada sinar matahari, pencemaran dan pola makan yang tidak sihat adalah salah satu sebab utama yang boleh mempercepatkan proses penuaan. Sebahagian besar warga kota kini sentiasa berada dalam tekanan adalah lebih cenderung untuk mengalami proses penuaan dengan lebih cepat. Hal ini menyebabkan mereka mudah letih, memiliki kulit yang kusam dan meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik atau degeneratif. Bagi melambatkan proses penuaan, adalah sangat penting untuk memastikan tubuh anda mendapat antioksidan yang mencukupi.

Antioksidan ditemui terutamanya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Antioksidan membantu mencegah kerosakan oksidatif pada tubuh kita dan dapat membantu dalam mencegah penyakit kronik. Beberapa contoh antioksidan adalah vitamin A, C, E, beta-karoten, lycopene dan selenium.

Antara sumber antioksidan yang baik meliputi:

1. Epal mengandung vitamin C yang melindungi sel-sel tubuh kita dari kerosakan oksidatif. Pektin, serat yang larut ditemui dalam epal membantu menurunkan kolesterol darah dan kadar gula.

2. Brokoli kaya dengan vitamin C, beta-karoten dan indole-3-karbonil (suatu antioksidan yang memecah estrogen). Brokoli dapat membantu mencegah kanser dan penyakit jantung. Para saintis mendapati bahawa sayur-sayuran adalah yang terbaik sebagai anti-penuaan dan sebagai makanan anti-kanser.

3. Lobak merah mengandungi beta-karoten. Beta-karoten sangat baik untuk perlindungan daripada pelbagai jenis kanser, penyakit jantung, bahkan untuk memperlahan pembentukan arthritis.

4. Kacang merah kaya dengan mineral seperti zat besi, magnesium, kalium, kuprum, thiamin, dan fosforus. Kacang merah mempunyai anti-penuaan dan sifat anti-kanser. Selitkan kacang merah dalam diet anda supaya dapat menjaga sel-sel menjadi sihat dan untuk mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.

5. Anggur Merah telah dikelaskan sebagai salah satu sumber terbaik antioksidan baru-baru ini. Anggur merah adalah tinggi fenol (sebatian antioksidan), vitamin C dan resveratrol. Resveratrol dijumpai dalam kulit buah anggur merah. Hal ini membantu untuk meningkatkan gula dalam darah, selain memiliki anti-inflamasi dan sifat anti-kanser.

6. Bayam kaya dengan riboflavin, vitamin B6, kalsium dan besi. Sebatian-sebatian yang ditemui dalam bayam boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh kita.

7. Ubi Keledek mengandungi beta karoten, yang dapat melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko terkena kanser jenis tertentu. Ubi keledek kaya dengan serat, kalium, vitamin B6, C dan E. Ia juga tiada lemak dan rendah kalori.

8. Tomato mengandungi lycopene dan yang baik untuk mencegah katarak, kanser, selain membantu menajamkan fikiran. Lycopene juga bagus untuk kesihatan prostat.

9. Biji Gandum mengandungi vitamin E untuk mencegah kanser prostat pada lelaki dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer. Mereka juga mempunyai asid fitat (yang dikenali sebagai IP6), suatu antioksidan yang melindungi terhadap hati, usus besar dan kanser payudara. Contoh biji-bijian termasuk gandum, beras merah, wheat germ dan lain-lain.

10. Teh hijau merupakan minuman antioksidan terbaik. Jepun telah mengiktiraf teh hijau sebagai minuman yang baik untuk mencegah penyakit degeneratif. Ini adalah kerana teh hijau tinggi dengan polifenol (sebatian antioksidan) yang membantu mengurangkan risiko penyakit stroke, jantung dan kanser.

Selain mengambil sejumlah besar antioksidan, untuk melawan penuaan, menyekat pengambilan gula dan lemak, meminimumkan pengambilan makanan terproses, minum 8 gelas air setiap hari, pilih susu rendah lemak dan daging tanpa lemak, digalakkan mengambil  ikan, bersenam 3 kali seminggu, dan memastikan emosi stabil dan ceria. Dengan cara ini, dengan mudah anda boleh mencapai kecantikan zahir dan batin.

Kredit: Shareena Delaila Bte Mohd Samin, Penasihat Pemakanan (Universiti Putra Malaysia)


Catat Ulasan