Rabu, Mac 30

Kajian Personaliti Manusia

Anda suka sesuatu kajian mengenai personaliti manusia?
Oh, saya suka.
Tapi, kenapalah saya masuk kelas sains dulu ek.
Kenapalah saya belajar tentang komputer dulu?
Mesti best kalau saya belajar mengenai sikap dan personaliti manusia.
Mesti boleh baca personaliti dan body languange seseorang.

Ayah Iman kan dia suka tengok Lie To Me.
Pernah tengok tak TV series yang tu?


Sangat menarik, ok.
Daripada cerita tu kita boleh belajar sedikit mengenai mimik muka dan body languange manusia.
Saya yang bukan hantu tv ni pun addict tengok series yang telah didownload Ayah Iman.
Tetap tak tengok TV, memang sah bukan hantu TV kan?
Ops, menyimpang pulak dah.
Sangat best kan orang yang buat kajian mengenai body language.
Dan pengetahuan macam tu sangat berguna bagi kerjaya seperti saya.
Yang berdepan dengan pelbagai ragam manusia.

Baru kejap tadi saya buat personality test di blog Cik Kaunselor Kita, Just Call Her V, ok.
Apa daa banyak sangat ok saya petang ni.
Kalau nak try, boleh lah ke blog beliau.
Untuk test tu kita akan disuruh memilih 1 gambar yang menarik pada pandangan mata kasar kita.
1 sahaja daripada 9 gambar.
Dan gambar pilihan saya ialah seperti di bawah.


Saya suka gambar ni sebab warnanya yang soothing & soft.
Design pulak abstrak.
Tau tak apa maksudnya?

Anda seorang yang mudah mesra tetapi berhati-hati. Anda sangat suka berkawan tetapi masih menghargai kebebasan dan suasana tanpa gangguan. Kadangkala anda suka menyendiri untuk meneliti semula makna hidup anda dan berseronok. Apabila anda memerlukan ruang untuk bersendirian, anda akan melancong ke tempat-tempat peranginan yang indah. Bagaimanapun, anda bukan seorang penyendiri. Anda berpuas hati dengan diri dan persekitaran anda dan juga menghargai kehidupan anda sepenuhnya.

Hampir samalah dengan diri saya.
Hmmm...
Ya atau tidak.
Semuanya juga mungkin kebetulan.
Itu hanya kajian manusia terhadap manusia.



Ibu Iman: mun ada agik, boleh la engkah kat entri V


Catat Ulasan