Jumaat, Mac 25

Hibernasi

Hibernasi menurut definisi saya sendiri ialah tidur di musim sejuk (untuk haiwan). Malaysia ialah sebuah negara beriklim khatulistiwa, iaitu panas dan hujan sepanjang tahun. Takde maknanya istilah hibernasi untuk haiwan-haiwan yang bermastautin di Malaysia. Itu haiwan.

Manusia? 

Dulu saya pernah bagitau kawan-kawan kat ofis yang saya nak 'berhibernasi'. Bilik saya sejuk tau. Kalau orang masuk, mesti akan cakap, 'sejuknya bilik ni'. Fakta ye. Dan walaupun saya ialah homo sapiens, saya bukan haiwan ok, makanya saya pun layak menggunakan istilah hibernasi tersebut. Kerana bilik saya sejuk. Tak salah kan?

Ingin nak berhibernasi tapi tetap tak boleh (ni kes bos lembap lah ni). Otak saya ni selalu jer fikir nak buat itu, buat ini. Bila duduk dan mengadap laptop kerajaan Malaysia ni, fikir nak update entri jer. Nak baca blog. Apa kes?

Sebenarnya. Saya nak buat majalah untuk kolej. Memang teringin sangat. Sedang dalam perancangan. So. Takde maknanyalah kan istilah hibernasi untuk saya?



Ibu Iman: boleh ke sik nak proceed tok?


Catat Ulasan