Rabu, Februari 23

Pengalaman 1st time main go-kart

Hari ini seperti yang termaktub di jadual kursus
Aktiviti riadah kami ialah GO-KART
Wow! Masa mula-mula tengok jadual dulu, macam tak konfiden jer
Berani ke saya nak bawak go-kart?


Akhirnya terjawab jugak hari ni
Sangat best rupanya go-kart ni


Saya yang berbadan kecik, kepala besar, berbaju merah. Gambar ihsan dari FB member. Hehehehe

Perasaan tu.. of course lah
Mula-mula memang berdebar-debar
Masuk jer dalam go-kart tu, dalam hati, awat lak kaki tak sampai ni
Tekan pedal minyak guna hujung kaki je lah
Tiba-tiba terus badan tersandar ke belakang
Wah.. ini baru nikmat... tekan terus sampai laju
Tak laju tak feel... kuat gegar kalau tak laju
Bila nak sampai selekoh tu, nervous tau!
Takut gak terbabas
Rupanya bila kita belok, go-kart tu memang akan auto ikut
Seronok lah!
Sepatutnya main 3 lap sorang tapi hujan dah turun
Sempat habiskan 2 lap jer
Nak lagi rasanya....


Ibu Iman: boleh sik kita gi main go-kart di Kuching kelak Yang? hehehehe....


Catat Ulasan