Tips menyusun atur perabot dalam bilik tidur yang sempit

Sekarang saya sedang mencari idea untuk menghias dan membeli perabot-perabot untuk rumah baru kami. Kekadang saya berasa tertekan jugak kerana apa yang saya suka, semuanya mahal. Saya takmo pisang berbuah 2x. Sebulan yang lepas, kami terlalu ecxited nak memasang grill dan sekarang saya berasa menyesal dengan design grill yang telah kami pilih. Memang saya nak grill berwarna putih, design moden tanpa bunga-bunga, tapi entah kenapa saya agak tidak puas hati dengan design tu.

Grill tingkap

Entah, saya jadi tak berapa berkenan dengan grill pintu ni
Takpe lah, nak buat macam mana kan? Benda dah pasang pun kan? So sekarang kita kena plan betul-betul. Kalau boleh, saya prefer built-in cabinet yang customize untuk semua ruang, tapi saya rasa sekarang, better carik yang berpatutan dengan bajet sekarang jer. Nanti kalo ada rezeki, baru la buat build-in cabinet ye. Sabar ye, hati. Jangan diturut sangat rasa tu. Kontrol.. kontrol. Ukur baju kenalah di badan sendiri.

So sekarang tengah dilemma nak mencari perabot bilik tidur. Dulu masa kawen, saya customize wardrobe dalam bilik tidur. Sekarang bila masuk umah baru, yang dapat dibawak katil je. Yang lain-lain kena lah beli. Di samping tu bilik-bilik lain pun kena lah diisi perabot jugak, kan? Cabaran tu, nak memilih dan membeli. Saat memilih tu lah yang paling sukar.

Di saat saya kebuntuan, di saat meng-googling sana-sini, saya telah terjumpa 1 website yang menjual e-book panduan untuk mendekorasi rumah. Apalagi, seperti orang yang batuk disorongkan bantal, saya terus subscribe email designer tu tapi belom beli lagi. Tengah 2-3 nak beli ke tak sekarang sebab kalau e-book, kena print lagi, kalau tak print, tak seronok la baca guna lappy jer, tak boleh nak belek-belek sambil berangan sampai tidur. Ahaks.

Oklah, ni antara artikel yang saya dapat melalui email. Bagaimana menyusun atur perabot dalam bilik tidur yang sempit.

Menyusun atur perabot dalam bilik tidur yang kecil merupakan satu cabaran bagi sesiapa sahaja. Anda memerlukan ruang untuk meletakkan katil, almari pakaian dan beberapa perabot peribadi tanpa membuatkan ruang nampak sempit.

Ini adalah beberapa cadangan saya:-

  1. Pilih perabot yang sesuai dari segi saiz untuk bilik . Contohnya, seorang remaja tidak perlu katil seperti dua orang dewasa tidur. Pilih single bed  daripada king size bed.
  2. Pilih perabot yang berbentuk moden, berpetak dan tidak terlalu sarat dengan perincian seperti katil yang berbentuk klasik yang boleh memakan ruang.
  3. Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu sahaja meja sisi dan lagi sebelah letak lampu lantai atau kerusi baca
  4. Jika ruang bilik anda bersegi empat tidak sama sisi atau dinding yang panjang, cuba gunakan untuk membina (built-in) seperti almari pakaian atau meja solek. Ini memberikan lebih ruang perstoran.
  5. Gunakan segala ruang yang ada seperti ruang bawah katil sebagai tempat perstoran (built-in) atau kotak simpanan yang bertanda supaya mudah untuk mencari dan menyimpan.
  6. Buangkan segala perabot atau barangan dekorasi yang tidak membantu memberikan anda sebuah ruang yang nampak kemas dan teratur.
 Sumber: Panduan Dekorasi

    Rumah baru kami, sila rujuk di sini.



    2 Comments

    ♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

    1. kmk suka gril ya koh... kmk plan nak molah gril giya juak kelak mira, aih... sepasang lah klak... hehehe...
      x sabar nak nunggu bulan 3 koh, mek nak ngaro dak spnb. s & p mek org due bulan 3 tok bah. give our money back! heheh..

      ReplyDelete
    2. salam..samalah tengah pening nak pikir hal sofa,dining table ngan bilik tido..hehe..

      ReplyDelete
    Previous Post Next Post

    Contact Form