Rabu, Januari 26

Strawberry Hemangioma dah mengecil...!

Apakah....??


Jangan ingat gambar 18SX pulak ye, tuan-tuan dan puan-puan.
Sebenarnya....


Ini ialah strawberry hemangioma anak dara saya.
Yang letaknya di pipi sebelah kanan.
Yang menjadi pemanisnya sejak berusia 30 hari lagi.
Masa lahir takde lagi strawberry hemangioma ni tau.

Kenape? Tak percaye?


Tengok tu Iman Madihah tengah tido.
Time tu lah masa Ibu curik snap gambar 'strawberry' Iman.
Tak best jugak lah bila 'strawberry' ni makin mengecil.
Dah takde dah trademark Iman.
'Strawberry' ni lah yang selalu orang tegur kalau bawak Iman jalan-jalan.
Especially Chinese la, sebab diorang cakap ada 'ong' sebab kaler merah.
Tapi melalui pembacaan, semakin baby membesar,
'Strawberry' ni memang akan semakin mengecil dan seterusnya menghilang.

Nak tau dengan lebih lanjut lagi apakah Strawberry Hemangioma?
Sila-silalah klik entri mengenai Strawberry Hemangioma ni.



Catat Ulasan