Jumaat, Januari 21

Sms - gayut - pasal ape ek?

Hai.


Saya baru kembali bertugas hari ni setelah 3 hari berada di Melaka.
Pergi Melaka sebab ada meeting.
Meeting pegawai sukan, yang majoritinya lelaki.
Perempuan tak sampai pun 10 orang.
Malamnya pegawai-pegawai sukan & Pengarah-Pengarah pergi main bowling.
Tapi kami yang perempuan tak join pun.
Saya, semestinya merehatkan diri di hotel.
Apalagi, tido lah, kat umah manade peluang nak tido awal.
Hehehe.

Dari LCCT saya ke Melaka naik bas.
Saya dan seorang lagi member, pun perempuan.
Tapi member ni dari Utara.
Kami berjanji di LCCT sebelum ke Melaka bersama-sama.
Bujang lagi tapi tunang orang la.

Dalam bas sampai ke Melaka.
Sampai di bilik hotel.
Asyik sms jer kerjanya.
Tett.. tett.
Hehehehe.
Saya pun taktau apa yang disms nya.

Cheh.
Mengata orang jer lebih.
Dulu saya pun macam tu jugak.
Entah apalah yang disms dulu-dulu ek?

Kepada yang tak kawen tu, korang sms cerita apa ek?
Sekarang ni bila dah kawen, jarang jugak la sms.
Kalau sms pun benda-benda yang penting jer.
Takde la sms macam berchatting.

Nak bergayut dengan Ayah Iman sekarang masa travelling jer.
Tu pun takde sampai panas telinga macam masa couple dulu.
Nampak kan perubahan bila dah kahwin dan hidup bersama?
Ye la bila dah kahwin, dok sebilik, nak bergayut apa lagi.
Sound direct jer terus.
Hihi.


Ni Iman ni imaginasi jer tinggi tapi takde sape pun orang sudi bergayut dengannya.
Kesian anak Ibu, syok sendiri.
Ahaks.


psst: entri ekspress sebelum masuk kelas kol 9


Catat Ulasan