Ahad, Januari 30

Sambal Kerang

Hari tu balik kerja terus pergi Choice Supermall.
Kalau driving sengsorang senang jer nak singgah mana-mana.
Kalau tumpang member atau member tumpang, takut plak member nak cepat sampai rumah.
Tak sampai hati nak singgah mana-mana.

Sebelum sampai di CSM memang dah target nak beli kerang.
Nak makan kerang masak kicap.
Tapi bila dah tengok kerang di CSM, semuanya kecik-kecik dan comel-comel belaka.
Macam tak puas jer kalau masak kicap.
Menu lain? Masak sambal je lah.

Hasil rembatan di Supermall, kerang kecik dah bertukar menjadi sambal kerang.
First time buat sambal kerang ni sebenarnya.
Selalunya rebus dengan serai atau masak kicap jer.
Ayahanda tengok ada sambal kerang atas meja siap tanya lagi, "sine oleh ya?"
"Aih, nak dipolah Mira tadik", Mak tolong jawab.
Kan? Kan?
Macam tak percaya kot macam mana sambal kerang boleh ada atas meja makan kat umah.
Selalunya kalau gi KL jer dapat makan sambal kerang.
Nampak sangat menu orang Melaye kan? Hihi.

Resepinya saya encang saja lah, macam buat sambal ikan masin tapi saya modified sikit.
Kalau sedap, sedap lah.
Tapi, nasib baik lah menjadi dan sedap.
Ayah Iman pun cakap, "nyamannn.."
Tapi kalau makan dengan nasik lemak lagi sedap.
Nyam nyam..

Resepi untuk sambal kerang:

Kerang (direbus dengan serai yang diketuk - pastu buang kulit)
Bawang besar (dipotong 6)
Minyak untuk menumis
Cili giling Adabi
Air asam jawa
Sos tomato
Sos cili
Gula
Garam

Bahan untuk menumis:
a. Cili kering
b. Bawang merah
c. Bawang putih
d. Bawang besar
e. Sedikit belacan (option)

Cara-cara memasaknya:
1. Bahan-bahan a - e ditumbuk atau dikisar
2. Panaskan minyak
3. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk/dikisar tadi
4. Kemudian masukkan cili giling Adabi dan gula
5. Setelah angkat bau, masukkan kerang dan air asam jawa
6. Masukkan sedikit sos cili dan sos tomato yang telah dibancuh bersama
7. Masukkan garam secukup rasa dan juga bawang besar yang dipotong 6
8. Tunggu sambal sedikit pekat barulah diangkat

Selamat mencuba..!

Ibu Iman: bila gik nak molah soto tok? nak nunggu soto Makcik A.S.T.I.N.A, terpaksa nunggu raya kelak lah jawabnya.. hehe


Catat Ulasan